EXCO Penang Persoal Jurulatih Pasukan Masih Dikekalkan Begitu Lama

Penang tampil dengan prestasi yang sangat menyedihkan pada musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), apabila mereka gagal mengulangi rentak terbaik seperti tahun lalu.

Mereka juga menamatkan cabaran saingan Liga Super dengan berada di tangga tercorot hasil dua kemenangan sahaja untuk mengumpul 11 mata secara keseluruhan.

Terbaharu, pasukan tersebut juga pulang lebih awal dalam aksi Piala Malaysia 2022, selepas dikejutkan oleh kelab yang beraksi dalam saingan Liga Premier iaitu Kuching City.

Menerusi prestasi hambar tersebut, pihak pengurusan telah pun melakukan satu bedah siasat untuk mengetahui punca penurunan Penang pada musim ini sejak Oktober lalu.

Ianya turut merangkumi isu lantikan mengenai para pemain dan kejurulatihan yang terlibat sepanjang aksi berlangsung musim ini.

Soop Lin Chee selaku Exco Belia dan Sukan Negeri mengakui isu pelantikan yang dibuat perlu secara berhati-hati dengan pelbagai perkara wajar diteliti termasuk jurulatih teknikal dan kecergasan.

“Kita percaya pemilihan pemain atau jurulatih bukan sahaja dibuat berdasarkan pengalaman atau pencapaian yang pernah diperoleh tetapi juga daripada segi kesesuaian terutamanya untuk pemain kita.

“Jadi kita telah jalankan ‘post mortem’ pada awal bulan Oktober lalu dan kita memang sedang dalam proses menjalankan lantikan-lantikan baharu cuma masih belum mengadakan mesyuarat.

“Selain itu, dua pemain Sukan Malaysia (SUKMA) Pulau Pinang akan diserap ke pasukan PFC untuk Liga Super dengan 11 lagi pemain SUKMA akan diserap ke dalam pasukan Liga Simpanan,” katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima DUN ke-14 menerusi Harian Metro.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Bagan Jermal menjawab persoalan daripada ADUN Bagan dalam iaitu Satees Muniandy mengenai peruntukan yang telah disalurkan buat Penang.

Musim ini sahaja menyaksikan Penang mendapat peruntukan sebanyak RM8 juta untuk mengharungi saingan Liga-M dan gagal untuk mencapai kehendak diingini pihak atasan.

Pada masa sama, Satees turut mempersoalkan kenapa PJ City mampu untuk mengharungi saingan liga dengan lebih baik, biarpun berbekalkan bajet lebih rendah berbanding Penang.

Beliau juga memberi pandangan mengenai isu kejurulatihan yang sepatutnya dibuat dengan lebih teliti sekiranya pasukan tersebut ingin terus kekal memberi daya saing dalam aksi liga.

“Saya juga ingin bertanya atas dasar apa (Ketua) Jurulatih Zainal Abidin (Hassan) dipilih sebelum ini walaupun beliau orang sama yang membawa Pulau Pinang keluar daripada Liga Super ke Liga Perdana pada musim 2017/2018.

“Mengapa beliau dikekalkan begitu lama meskipun prestasi PFC begitu teruk sehingga berada di tangga tercorot Liga Super,” ulasnya.

Untuk menjawab soalan tersebut, Lip Chee menjelaskan pihaknya sudah membuat perbincangan sebelum itu bersama pengendali pasukan dan berpendapat peluang  terus diberikan kerana merasai Zainal mampu mengubah Penang kembali positif.

“Jurulatih yang kita pilih diserahkan kepada satu panel jawatankuasa dan kita juga ada menandatangani perjanjian berhubung perkara ini.

“Maka dari segi perjanjian memang kita juga mengharapkan bahawa lantikan jurulatih baharu sebagai contoh Zainal Abidin dapat membantu pasukan memenangi permainan-permainan seterusnya,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN