Semalam, Filipina telah pun mengumumkan senarai pemain yang bakal mengharungi saingan Piala AFF pada Disember ini menerusi laman Facebook rasmi mereka.
Antara yang mencuri tumpuan, apabila mereka telah menyenaraikan sembilan pemain muda yang dibangunkan sebelum itu untuk menyertai pasukan senior dalam aksi Piala AFF ini.
Well done you all! 🇵🇭❤️
Haren, Noti and Pato!
They are in the training camp roaster of Azkals for the upcoming AFF Mitsubishi AFF Mitsubishi Electric Cup!#LabanFilipinas #philippinesfootball #philippinesfutsal #tuloyfoundation #asianfootball #孤児院 #フィリピン pic.twitter.com/H74fMTXYih— Take⚽️🇯🇵🇵🇭 Tuloy FC Japanese coach in Manila. (@tuloyfctaketomo) November 18, 2022
Walaupun begitu, ada rombakan telah dibuat skuad tersebut dengan beberapa pemain tonggak tidak lagi tersenarai seperti Amin Nazari, Neil Etheridge, serta bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bienvenido Maranon.
Lebih mencuri tumpuan, pemain yang kini beraksi dalam saingan Bundesliga iaitu Geritt Holtmann turut tidak disenaraikan mereka untuk saingan kali ini.
Dua pemain Filipina yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) turut tersenarai untuk memperkuatkan skuad mereka dalam persiapan yang akan dibuat iaitu Christian Rontini dan Kevin Ray Mendoza Hansen.
Sesuatu yang agak mengejutkan selepas Rontini jelas tidak begitu menonjol bersama Penang, apabila pasukan tersebut berada di tangga tercorot Liga Super musim ini serta mencatat jumlah bolos agak besar.
#Transfers | DONE DEAL ✍️
🇵🇭 Phillippines player, Christian Rontini(1999) , a player born in Bagno a Ripoli, Italy has joined Penang FC 🇲🇾 from Azkals Development Team (ADT) of the Philippines Football League (PFL).#PFL #MFL pic.twitter.com/r6TEe7sazm
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) February 8, 2022
Namun, Rontini tetap terpilih selaku salah seorang tonggak pertahanan untuk bersama-sama barisan pemain lain dalam skuad kebangsaan yang hanya pengendali mereka mengetahui sebab-sebab beliau disenaraikan.
Tetapi untuk Kevin Ray, beliau dilihat paling layak dipilih bersama Filipina kali ini, selepas aksinya yang cemerlang berjaya membawa Kuala Lumpur City (KL City) mara sehingga ke pentas akhir Piala AFC 2022.
Manakala tiga lagi pemain Filipina yang beraksi dalam saingan Liga-M tidak terpilih bersama skuad kebangsaan kali ini ialah Manuel Gelito Ott, Justin Baas, serta Kevin Ingresso.
Wonderful safe!!!
MOTM 🧤 Kevin Ray Mendoza
📷 : AFC
Keep follow : https://t.co/EtpAYcwcRG#AFCCup2022 #SOGvKLC #Sogdiana #KLCity#SNESports pic.twitter.com/pHJRLmGgn0
— SNEsports (@SNE_Sports) October 5, 2022
Ianya agak pelik apabila melihat Ott tidak tersenarai untuk memperkuatkan Filipina, walaupun pemain tengah tersebut jelas sangat menonjol musim ini bersama Terengganu.
Bersama Terengganu musim ini, Ott menjadi antara tonggak penting yang membawa pasukan tersebut menamatkan cabaran Liga Super di tangga kedua, naib juara Piala FA, dan kini beraksi di pentas separuh akhir Piala Malaysia 2022.
Malah, pemain tersebut juga menjadi nadi utama pasukan tersebut untuk berpasangan bersama Habib Haroon bagu membentuk salah satu kombinasi terbaik di posisi tengah dalam kalangan kelab di Malaysia.
Pemain pertahanan import Melaka United iaitu Justin Baas juga tidak tersenarai kali ini meskipun aksinya bersama pasukan jelas sangat positif dengan usia masih muda.
21’ | Manuel Ott membuka tirai jaringan untuk tuan rumah!@FCTerengganu 1-0 @KLCityFootball #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/rAtgwIIHVy
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Baas yang beraksi di posisi pertahanan tengah memiliki potensi yang sangat bagus bersama umur masih muda untuk menjadi salah satu tonggak utama Melaka United musim ini.
Akhir sekali, tonggak utama yang menjadi salah satu faktor kebangkitan Sri Pahang iaitu Kevin Ingresso juga turut tidak terpilih kali ini untuk menghadapi cabaran Piala AFF.