Setiap negara pastinya mengimpikan peluang untuk sekurangnya sekali melayakkan diri ke pentas Piala Dunia, dan Malaysia menjadi salah satu pasukan yang memasang angan-angan sejak sekian lama.
Memandangkan tirai Piala Dunia 2022 di Qatar bakal dibuka tidak lama lagi, pastinya ia menjadi inspirasi untuk pasukan kebangsaan untuk terus mencipta impian beraksi di saingan tersebut suatu hari nanti.
The trophy every football player dreams of lifting ✨🏆
🇶🇦 #Qatar2022 #WorldCup pic.twitter.com/Md5lTwVpc6— AFC Asian Cup Qatar 2023 (@Qatar2023en) November 14, 2022
Walaupun ada segelintir yang melihat perkara ini sebagai angan-angan kosong, ianya bukan sesuatu yang mustahil, sekiranya semua saling berganding bahu untuk merealisasikannya.
Malah, segelintir pemain Malaysia kini tetap optimis peluang untuk sebuah negara yang sedang membangun kini dalam cabang bola sepak mampu untuk dicapai pada masa akan datang.
Ianya mula dapat dilihat selepas Malaysia kini tampil dengan semakin menyakinkan di pentas antarabangsa, termasuk melayakkan diri mereka di pentas Piala Asia pada tahun hadapan.
Menerusi kombinasi para pemain yang berkualiti dan meningkat naik, serta diadun dengan kreatif oleh jurulatih negara, ianya kini tidak mustahil buat Malaysia untuk melangkah ke pentas Piala Dunia suatu ketika nanti.
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan E • Kelayakan Piala Asia 2023 | Selasa, 14 Jun 2022
MALAYSIA 🇲🇾 4-1 🇧🇩 BANGLADESH
⚽️ Safawi Rasid 16' (P) Dion Cools 38' Syafiq Ahmad 47' Darren Lok 73'
⚽️ Mohammad Ibrahim 31'▶️ MALAYSIA layak ke Piala Asia 2023!#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/jmKncxCQPG
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2022
Pertahanan kental negara, Khuzaimi Piee antara pemain yang menyuarakan impian tersebut dan optimis Malaysia mampu ke pentas Piala Dunia dalam tempoh empat tahun lagi jika ada rezeki.
“Bagi saya rezeki tak boleh nak jangka, mungkin empat tahun akan datang Malaysia layak ke Piala Dunia, kita tak tahu perkara itu mungkin boleh berlaku.
“Saya harap pemain yang dipanggil mewakili negara dapat membantu mencipta sesuatu untuk negara kelak,” katanya ketika ditemui Majlis Pelancaran Jersi Baharu Harimau Malaya, semalam menerusi Harian Metro.
Selain Khuzaimi, seorang lagi pemain muda yang sedang meningkat naik iaitu V. Ruventhiran turut menyuarakan impian untuk melihat pasukan kebangsaan beraksi di pentas Piala Dunia suatu hari nanti.
Ruventhiran melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak mustahil berdasarkan komitmen yang ketika ini dijayakan dengan baik oleh semua pihak.
“Tak jauh lagi sudah dekat, kita percaya dengan jurulatih (Kim Pan-gon) dan barisan pemain. Apa yang penting adalah buatkan penyokong Malaysia berbangga dengan Harimau Malaya,” katanya.
Saingan Piala Dunia bakal bermula pada 20 November ini di Qatar dengan membabitkan 32 negara untuk membuat perhitungan bagi merebut gelaran yang berprestij itu.
♖ 4K Wallpapers
➭ World Cup 2022
➭ Stadiums #WorldCup2022 #Qatar pic.twitter.com/Kfco7nbvrr— C4K (@Chaabi4K) November 14, 2022
Pada edisi sebelum ini, Perancis muncul sebagai juara Piala Dunia 2018 yang telah pun diadakan di Russia, selepas mereka menewaskan Croatia menerusi keputusan penuh 4-2.