Qatar 2022: Tunisia Mahu Pecahkan Rekod 5 Kali Tak Lepas Peringkat Kumpulan

Qatar 2022
  • Pasukan: Tunisia
  • Benua: Afrika
  • Kali terakhir layak: 2018
  • Pencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (1978, 1998, 2002, 2006, 2018)

Tunisia hadir ke Qatar 2022 untuk kali keenam dalam rekod mereka dan ini dilihat sebagai sebuah pencapaian yang baik buat mereka.

Namun pada hakikatnya ianya bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan oleh negara dari benua Afrika ini apabila mereka tidak pernah melepasi peringkat kumpulan sepanjang lima penyertaan sebelum ini.

Pada penyertaan kali ini, Tunisia mahu memecahkan badi itu. Tapi, mampukah mereka?

Persembahan gagah

Ketika di saingan kelayakan, Tunisia menunjukkan kualiti mereka apabila mudah untuk mara terutamanya ketika saingan getir pada pusingan kedua.

Selepas berjaya memperoleh bye di pusingan pertama, Tunisia terus menduduki kumpulan B pada pusingan kedua dengan turut dihuni Equatorial Guinea, Zambia dan Mauritania.

Menepati status sebagai pasukan pilihan, Tunisia berjaya menjuarai kumpulan dengan hanya mencatatkan satu kekalahan sahaja.

Selebihnya adalah empat kemenangan serta satu seri untuk membolehkan mereka mencatatkan 13 mata sambil menghasilkan 11 gol dan cuma bolos dua.

Di pusingan ketiga kelayakan, Tunisia yang seolah-olah tiada masalah menjaringkan gol pada pusingan kedua hanya menjaringkan satu gol ketika menentang Mali.

Namun, satu gol itu sahaja sudah cukup untuk menghantar mereka ke Qatar 2022.

Qatar 2022: DNA Scotland Jadi Taruhan Australia Di Piala Dunia

4 penjaga gol, 7 penyerang

Jika dilihat kepada skuad yang dibawa oleh Tunisia, mereka menampilkan barisan yang begitu ‘keras’ terutamanya dari segi jumlah yang dipanggil.

Sebagai contoh, Tunisia membawa empat penjaga gol untuk kejohanan kali ini dan tujuh penyerang.

Sambil itu, mereka juga membawa sembilan pertahanan dan hanya enam sahaja pemain tengah dibawa.

Ini dilihat sebagai komposisi yang tidak normal kerana lazimnya skuad hanya akan membawa dalam tiga, empat sahaja penyerang.

Daripada situasi ini, boleh disimpulkan yang Tunisia akan bermain dengan lima pertahanan dan menggunakan penyerang berkembar atau bertiga ketika turun menentang Perancis, Denmark dan Australia kelak.

Boleh dijangkakan mereka akan turun untuk bermain secara bertahan ketika di Qatar nanti.

Pendekatan yang diambil Tunisia mungkin atas faktor realisitik memandangkan kumpulan yang dihuni mereka adalah sukar untuk ditembusi.

Berdepan dengan juara bertahan serta cabaran sukar Denmark serta Australia pastinya sukar untuk Tunisia. Jadi, apa yang boleh dibuat adalah dengan cuba bermain secara bertahan dan mendapatkan mata daripada setiap lawan yang ditempuhi.

Misi sukar Tunisia

Tunisia pastinya mahu menamatkan badi mereka sering terkandas di peringkat kumpulan setiap kali beraksi di Piala Dunia.

Namun kumpulan yang dihuni mereka kali ini sememangnya sukar untuk dilepasi dan tidak keterlaluan untuk mengatakan yang keajaiban diperlukan untuk mereka mara.

Langkah sama ada merdu atau sumbang Tunisia akan ditentukan pada perlawanan pertama menentang Australia, dari situ kita akan boleh jangka apa akan jadi.

Semoga berjaya, Tunisia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN