Qatar 2022: DNA Scotland Jadi Taruhan Australia Di Piala Dunia

Qatar 2022
  • Pasukan: Australia
  • Benua: Asia
  • Kali terakhir layak: 2018
  • Pencapaian terbaik: Pusingan 16 terbaik (2006)

Australia layak ke saingan Qatar 2022 sambil memecahkan rekod dengan berjaya mara ke pusingan akhir sebanyak lima kali berturut-turut.

Australia satu masa dahulu pernah muncul dengan komposisi skuad yang ampuh dari segenap posisi dan mereka pernah mencipta kejutan apabila berjaya mara ke pusingan 16 terakhir di Jerman 2006.

Kini, mereka hadir dengan skuad yang berwajah baharu dan walaupun tidaklah sehebat 2006, tetapi pastinya boleh mencabar.

Tipikal Australia

Sejak beraksi mewakili zon Oceania hinggalah Asia kini, Australia tetap Australia.

Hal ini kerana, setiap kali Piala Dunia, mereka perlu melalui perjalanan yang panjang untuk mara ke pusingan akhir.

Dalam pusingan kelayakan sebelum ini, Australia terpaksa melalui persaingan play-off zon Asia dan juga antara benua.

Menamatkan saingan kelayakan di tangga ketiga kumpulan B dibelakang Arab Saudi dan Jepun, Australia perlu menewaskan Oman di saingan play-off Asia.

Mereka berjaya melakukannya dan perlu melepasi wakil Amerika Selatan iaitu Peru. Mujur semuanya berjaya dilakukan mereka dengan kecemerlangan dalam penentuan sepakan penalti.

Qatar 2022: Jepun Bukan Lagi Pembawa Panji ‘Harapan Asia’?

DNA Scotland

Melihat kepada komposisi skuad Australia kali ini, penulis menyaksikan kelibat ramai pemain-pemain yang berDNA Scotland dipanggil.

Sama ada kerana mereka beraksi dalam saingan domestik Scotland, atau kerana faktor darah campuran antara dua negara menjadi faktor utama kenapa situasi ini berlaku.

Jamie MacLaren adalah pemain yang pernah beraksi dalam saingan Scottish Premiership ketika bersama-sama Hibernian dan Aziz Behich kini bersama Dundee United.

Namun pemain-pemain lain seperti Harry Souttar, Martin Boyle, Jackson Irvine, Cammy Devlin dan Jason Cummings adalah bintang Socceroos yang berdarah campuran dengan Scotland.

Malah, ada diantara mereka yang pernah beraksi untuk Scotland di peringkat umur malah bagi Cummings, beliau sudah melakukan dua penampilan untuk Tartan Army sebelum ini.

Generasi baharu Australia

DNA Scotland pastinya akan menjadi sandaran kepada Australia untuk mara jauh dalam saingan Qatar 2022 kelak.

Sambil dibantu dengan pemain-pemain handalan seperti Matthew Ryan, Aaron Mooy serta penyerang muda Garang Kuol, Australia pastinya mahu mencari suatu hasil yang boleh dibanggakan di Qatar kelak.

Sebelum ini, generasi terdahulu yang ditunjangi Harry Kewell, Mark Viduka dan Tim Cahill berjaya meletakkan Australia dalam peta bola sepak dunia, kini masanya untuk era baharu bersandarkan DNA Scotland mula melakar kejayaan buat Socceroos.

Semoga berjaya, Australia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN