Tirai separuh akhir Piala Malaysia 2022 terus bersambung pada malam ini dengan membabitkan perlawanan antara Selangor dan Terenggnu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Berkelebihan untuk beraksi di laman sendiri, Selangor jelas kini berada dalam momentum terbaik mereka, setelah menumpaskan Negeri Sembilan sebelum itu dalam aksi suku akhir.
PM SF1 : Selangor FC vs Terengganu FC
🏟️Stadium MBPJ, Kelana Jaya
📅Rabu, 16 November 2022
🕘9:00PM
🆚Terengganu FCTiket perlawanan #SFCTFC sudah mula dijual! Untuk pembelian tiket, sila ke https://t.co/YMsEetAIiL atau terus ke pautan ini : https://t.co/lVjZXPeFoB
[1/2] pic.twitter.com/4hgdYD0ma1
— Selangor FC (@selangorfc) November 14, 2022
Skuad The Red Giants ini melakar keputusan yang sangat baik semenjak Tan Cheng Hoe mengambil takhta kejurulatihan pada penghujung saingan Liga Super lalu lagi.
Manakala Terengganu pula, prestasi cemerlang mereka diteruskan dengan sangat baik dalam aksi Piala Malaysia ini, selepas mereka mengesahkan kedudukan selaku naib juara Liga Super.
Berdasarkan aksi lalu ketika mereka menewaskan juara bertahan iaitu Kuala Lumpur City (KL City), mereka berjaya mempamerkan suatu karakter untuk mencabar kejuaraan terbaharu Piala Malaysia.
Persaingan kedua kelab ini dijangka sengit berdasarkan prestasi semasa dalam permainan serta menerusi beberapa pemain yang menjadi tunjang kekuatan pasukan.
Ini ada empat pemain yang dijangka bakal menjadi tumpuan utama menjelang aksi saingan Piala Malaysia malam esok.
Herlison Caion (Selangor)
Penyerang utama Selangor ini jelas menjadi salah satu kekuatan utama pasukan menerusi ketajaman dipamerkan beliau sepanjang saingan Piala Malaysia ini berlangsung.
10’ GOL | Caion meletakkan Selangor FC di hadapan!@nsfc1923 0-1 @selangorfc #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/WUmptSCqyn
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Caion setakat ini sudah pun meledak empat gol bersama Selangor dalam saingan Piala Malaysia dan rekod tersebut pastinya ingin diteruskan beliau untuk membantu kelab meraih keputusan positif.
Aspek ketenangan di hadapan gol serta lincah mengawal bola dalam petak penalti menjadi Caion sebagai salah seorang penyerang berbisa musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Sharul Nazeem (Selangor)
Sharul jelas menjadi antara pemain yang memberi peningkatan dalam permainan selepas Cheng Hoe mengambil alih Selangor menerusi aksi yang dipamerkan.
21' | Percubaan Kuala lumpur City FC berjaya disekat oleh Sharul Nazeem!@selangorfc 0-0 @KLCityFootball #LigaSuper2022 pic.twitter.com/KksTfpIt94
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 20, 2022
Kelebihan Sharul yang bijak menutup ruang dengan lebih awal serta mempunyai kekuatan cukup baik selaku pertahanan, sering menjadikan dirinya menjadi tumpuan dalam perlawanan.
Motivasi beliau juga jelas semakin meningkat selepas Sharul diberi peluang oleh Kim Pan-gon untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan di Thailand lalu.
Kpah Sherman (Terengganu)
Penyerang kebangsaan Liberia ini bangkit daripada segala kritikan yang diterima pada saingan Liga Super sebelum ini menerusi ketajaman diberikan kebelakangan ini.
89’ GOL | Kpah Sherman menjaringkan gol ketujuh peribadinya dalam saingan #TMPialaMalaysia2022!@FCTerengganu 3-1 @KLCityFootball pic.twitter.com/1XjJKVeBnF
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Rekod sebagai penjaring terbanyak semasa dalam kempen Piala Malaysia ini meletakkan nama beliau kembali memuncak untuk terus diberi kepercayaan oleh Nafuzi Zain selaku penggempur utama Terengganu.
Tujuh jaringan telah pun dihasilkan oleh Kpah setakat ini dan ianya pasti ingin terus ditambah untuk meletakkan kembali namanya sebagai salah satu penyerang import berbisa dalam Malaysia.
Faisal Halim (Terengganu)
Musim ini jelas menjadi sesuatu yang sangat bagus buat Faisal dalam saingan Liga-M, selepas sumbangan gol serta bantuan jaringannya berjaya membantu Terengganu menjadi salah satu pasukan terbaik negara.
Pemain ini memiliki ciri yang lengkap sebagai penggempu berbisa buat Terengganu menerusi kelincahan, kreativiti, serta ketajaman untuk mendapatkan gol.
29' GOL | Faisal Halim menyudahkan umpanan Kpah Sherman untuk gol kedua!@FCTerengganu 2-0 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/x53lQPf04s
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 1, 2022
Selain itu, Faisal juga merupakan seorang sangat licik dan gemar menggunakan psikologi untuk memperdayakan pihak lawan supaya tampil dengan emosi yang jelas bakal memberi kelebihan buat dirinya di atas padang.