Qatar 2022: Adakah Lewandowski Mampu Bawa Poland Mara Lebih Jauh?

Salah satu pasukan yang popular dalam setiap edisi Piala Dunia, Poland sekali lagi tampil dalam saingan ini setelah mempamerkan aksi agak cemerlang ketika pusingan kelayakan.

Poland yang berada di tangga kedua Kumpulan I peringkat kelayakan lalu di belakang England, mempamerkan karakter tersendiri untuk mengesahkan tiket mereka di Qatar selaku salah satu wakil Eropah.

Daripada 10 perlawanan dihadapi anak-anak buah Czeslaw Michniewicz, Poland telah pun mencatat enam kemenangan, dua seri dan dua kekalahan dengan mengumpul 20 mata.

Kali terakhir mereka mendapat gelaran dalam aksi Piala Dunia ketika tahun 1974 dan 1982 untuk berada di kedudukan ketiga terbaik.

Bagi saingan kali ini, mereka telah pun diletakkan bersama Argentina, Mexico, dan Arab Saudi dalam Kumpulan C.

Harapan disandarkan kepada Lewandowski

Lewandowski tampil dengan meledak lapan gol secara keseluruhan ketika aksi kelayakan lalu untuk berada di tangga kedua belakang Harry Kane yang menjaringkan 12 gol.

Penyerang profilik dunia ini pastinya menjadi tumpuan ekoran ketajamannya di hadapan gol ketika mewakili Bayern Munich dan kini bersama Barcelona.

Daripada 129 penampilan beliau bersama Poland, penyerang ini telah pun menyumbang 75 gol secara keseluruhan untuk membuktikan ketajaman beliau di hadapan gol.

Pemain berusia 34 tahun ini juga tampil dengan rekod menggerunkan sewaktu menyarung jersi Bayern Munich, apabila beliau merekodkan 312 gol daripada 384 aksi dalam Bundesliga.

Uniknya, satu sahaja kejohanan yang disertai beliau masih lagi belum ada catatan jaringan dibuat oleh Lewandowski iaitu Piala Dunia.

Pada saingan Piala Dunia lalu di Russia, Lewandowski gagal untuk mencatat sebarang jaringan tatkala Jan Bednarek dan Grzegorz Krychowiak masing-masing meledak gol ketika Poland tersingkir awal di peringkat kumpulan.

Ketika itu, Poland jelas tampil agak kurang memuaskan setelah mencatat kekalahan di tangan Colombia dan Senegal sebelum tampil dengan satu kemenangan sahaja sewaktu berdepan Jepun.

Pelbagai persoalan muncul kini mengenai siapa yang akan berpasangan bersama Lewandowski untuk memudahkan tugas beliau meledak gol.

Namun, pengendali Poland iaitu Michniewicz menganggap itu bukan masalah ketika ini kerana pemain bertubuh sasa itu mampu meledak banyak gol biarpun sebagai penyerang tunggal.

“Tak ada sebab untuk membincangkan jika Lewandowski memerlukan rakan serangan atau tidak dalam skuad kebangsaan. Tiada guna pun.

“Apa yang kami perlu buat ketika ini adalah menyediakan servis yang bagus buat penyerang ini mendapat ruang bagi mencatat gol,” jelas beliau menerusi AP News.

Adakah Poland mampu tampil lebih baik?

Selepas terkandas di peringkat kumpulan pada kejohanan lalu, pasukan itu pastinya mempunyai motivasi lebih baik untuk mara lebih jauh kali ini.

Walaubagaimana pun, mereka tetap perlu sedar dengan cabaran tiga lagi pasukan dalam peringkat kumpulan yang dilihat turut mempunyai persediaan terbaik, terutama sekali Argentina.

Sekiranya mereka ingin mara lebih jauh, konsistensi jaringan pastinya diperlukan dan Lewandowski kekal menjadi kunci utama buat kejayaan pasukan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN