Qatar 2022: Tugas Getir Menanti Mexico Dalam Peringkat Kumpulan

  • Pasukan: Mexico
  • Benua: Amerika Utara
  • Kali terakhir layak: 2018
  • Pencapaian terbaik: Suku akhir (1970 dan 1986)

Mexico antara pasukan tampil konsisten untuk sekali lagi berjaya melayakkan diri dalam saingan Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar tidak lama lagi.

Pasukan ini dilihat berdepan laluan sedikit berliku untuk aksi peringkat Kumpulan C setelah berada bersama Argentina, Poland, dan Arab Saudi.

Walaupun begitu, mereka dilihat mampu untuk melakar kejutan sekiranya konsistensi dalam permainan dapat dicipta sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

Mexico yang dikendalikan oleh Gerardo Martino sejak 2019 ini sebenarnya berada dalam krisis konsistensi dalam permainan sejak beberapa tahun lalu lagi.

Mereka boleh tampil dengan corak permainan agresif yang sangat baik untuk mendapatkan gol, namun pada masa sama disiplin di posisi pertahanan Mexico juga sangat mudah untuk diancam pihak lawan.

Kedua terbaik untuk kelayakan CONCACAF

Mexico berada di kedudukan kedua terbaik dalam peringkat kelayakan untuk melayakkan diri mereka ke pentas Piala Dunia dan berada di belakang Kanada dengan saling berkongsi mata serta hanya dibezakan jumlah perbezaan gol.

Hasil 14 perlawanan dilalui Mexico, mereka berjaya mencatat lapan kemenangan, empat seri, serta dua kekalahan selain merekodkan 17 jaringan.

Penjaring terbanyak Mexico ketika aksi kelayakan itu menjadi milik penyerang utama Wolves dalam saingan English Premier League (EPL) iaitu Raul Jimenez dengan tiga gol terhasil.

Selepas aksi kelayakan, mereka telah pun menghadapi 10 lagi perlawanan antarabangsa termasuk saingan CONCACAF Nations League beberapa bulan lalu.

Hasil daripada 10 perlawanan dihadapi, Mexico mencatat empat kemenangan, tiga kali seri, dan tiga kekalahan selain ada satu lagi aksi antarabangsa bakal dilalui mereka pada 17 November ini untuk menentang Sweden.

Hirving Lozano bintang harapan Mexico

Pemain sayap lincah ini bakal menjadi tonggak utama serangan Mexico dalam saingan Piala Dunia ini menerusi pengalaman dan aksi beliau yang sangat positif.

Tonggak utama Napoli itu sudah pun menjaringkan tiga gol pada musim ini dalam saingan Serie A dan ketajaman Lozano akan ditagih lagi untuk Piala Dunia ini.

Jaringan ikonik beliau ketika menewaskan Jerman pada saingan Piala Dunia 2018 lalu pastinya antara yang dikenang oleh para penyokong Mexico sehingga kini.

Malah, Lozano juga menyatakan diri beliau pada 2018 lalu di pentas Piala Dunia tidak akan sama dengan keadaan sekarang yang semakin matang.

“Saya beraksi buat pertama kali dalam saingan Piala Dunia pada tahun 2018, dan ianya sangat menakjubkan.

“Tetapi untuk aksi akan datang ini, saya akan kembali dengan diri yang lebih baik dengan cuba untuk lebih menghiburkan diri sehabis baik dalam setiap perlawanan dihadapi,” jelas Lozano menerusi 90min.

Adakah Mexico berpeluang mara lebih jauh?

Jika dilihat pada peluang, Mexico mempunya harapan lebih baik untuk mencipta keputusan positif bagi menghadapi cabaran Arab Saudi di peringkat kumpulan.

Namun, dua lagi pasukan iaitu Poland dan Argentina dilihat menjadi penghalang terbesar buat Mexico berdasarkan prestasi semasa serta kekuatan para pemain.

Walau bagaimanapun, segalanya tidak mustahil jika mereka terus memfokuskan disiplin pada posisi pertahanan mereka serta tampil dengan lebih kreatif di bahagian serangan untuk tidak terlalu bergantung kepada Lozano.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN