Ong Kim Swee Akui Faktor Kecederaan Gugat Rentak Permainan Sabah

Sabah berjaya melayakkan diri mereka ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2022, setelah mereka menewaskan Kuching City semalam dengan keputusan agregat 2-1.

Walaupun bermain di laman sendiri iaitu Stadium Likas, pasukan tuan rumah terpaksa berhempas pulas sehingga ke masa tambahan sebelum mengesahkan diri mereka selaku pemenang.

Jaringan pemain import Sabah, Taiki Kagayama pada masa tambahan menutup peluang skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim untuk melakar kejutan bagi saingan tersebut musim ini.

Jelas Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali Sabah, beberapa pertukaran dan rombakan terpaksa dibuat kerana masalah kecederaan melanda kem pasukan tersebut kini.

“Kita tidak mempunyai ramai pemain, ramai antara mereka yang mengalami kecederaan dengan tujuh atau lapan pemain utama tidak dapat disenaraikan untuk aksi malam ini.

“Untuk mendapatkan keputusan positif seperti ini dan layak, saya percaya ini memberi satu keyakinan buat para pemain dan paling penting kita dapatkan keputusan diingini,” jelas Kim Swee.

Pada masa sama, beliau turut menghamburkan pujian kepada kedua pasukan yang beraksi semalam dan menyifatkan Kuching City hadir tanpa sebarang tekanan.

“Pujian harus diberikan kepada kedua pasukan, pada pendapat saya Kuching City seperti dijangka hadir tanpa tekanan tetapi menunjukkan corak permainan cukup baik serta semangat juang tinggi.

“Sabah pula, mereka berjaya bertahan dengan baik walaupun beraksi dengan 10 pemain pada detik-detik akhir masa tambahan dan ia memerlukan kesungguhan tinggi sepanjang perlawanan,” tambah beliau.

Bekas pengendali Harimau Muda itu juga mengakui beberapa pertukaran yang dibuat beliau telah menukar rentak permainan dan memberi ruang untuk Kuching City menguasai perlawanan.

Selain itu, pengendali Kuching City iaitu Irfan Bakti Abu Salim pula sangat berpuas hati dengan rentak permainan yang dipamerkan anak buah beliau sepanjang saingan berlangsung.

Namun, beliau juga mengakui barisan pemain pertahanan jelas agak leka dan membuka ruang buat pasukan lawan untuk kembali mendapatkan gol pada penghujung perlawanan.

“Tetapi adakala pemain pertahanan saya agak leka walaupun saya mempunyai tiga pemain yang sangat tinggi dan membenarkan pasukan lawan membuat hantaran lintang.

“Sebelum ini saya sudah pun memberitahu para pemain saya untuk menyekat segala hantaran-hantaran cuba dibuat pemain Sabah, namun dengan keadaan padang sebegitu apa-apa sahaja boleh berlaku,” terang Irfan Bakti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN