Qatar 2022: Peluang Mehdi Taremi Buru Kegemilangan Bersama Iran

Qatar 2022
  • Pasukan: Iran
  • Benua: Asia
  • Kali terakhir layak: 2018
  • Pencapaian terbaik: peringkat kumpulan (1978, 1998, 2006, 2014, 2018)

Iran layak ke saingan Qatar 2022 dengan kemunculan kali keenam mereka dikejohanan berprestij ini dengan satu misi – buat lebih baik berbanding sebelumnya.

Sepanang lima penyertaan mereka sebelum ini, Iran tidak lebih daripada sekadar “satu lagi pasukan” yang melengkapkan kejohanan.

Namun begitu, reputasi itu sedikit demi sedikit dikikis sejak Brazil 2014 dan Rusia 2018 apabila Iran sudah mula berani berdepan dengan gergasi bola sepak dunia seperti Argentina dan Brazil.

Dan di Qatar 2022, misi mereka pastinya akan mahu mencalar ego pasukan-pasukan besar yang lain terutamanya Iran diletakkan dalam kumpulan maut bersama-sama England, Amerika Syarikat dan Wales.

Jadi, bagaimana gergasi Asia ini hendak memberikan impak dalam kumpulan yang dianggap sebagai kumpulan paling politik jika kita lihat kepada sejarah Iran dengan negara seperti Amerika Syarikat dan England berkenaan hal luar padang bola sepak?

Laluan mudah Iran

Dalam perjalanan menuju ke Qatar 2022, Iran diletakkan dalam kumpulan A pusingan akhir kelayakan zon Asia bersama-sama Korea Selatan, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Iraq, Syria dan Lubnan.

Dalam kumpulan yang dianggap sukar untuk mana-mana pasukan, Iran menjadi johan dengan mereka berjaya ketepikan cabaran Korea Selatan dan UAE dengan hanya mencatatkan satu kekalahan sahaja.

Iran mencatatkan rekod cemerlang dengan merakamkan lapan kemenangan, satu seri dan satu kalah untuk memperoleh 25 keseluruhan.

Lebih menarik, rekod Iran ini boleh dikatakan hampir sempurna apabila mereka mendahului hampir segala rekod dalam carta kumpulan A pusingan kelayakan.

Selain mendahului pungutan mata, mereka juga menjadi pasukan paling banyak menjaringkan gol dengan 15 gol. Tetapi mereka menjadi pasukan kedua paling kurang bolos (empat gol) dibelakang Korea Selatan (tiga gol).

Akan tetapi, Iran mengungguli sebagai pasukan yang mempunyai perbezaan gol terbaik dengan 11 jaringan.

Kestabilan dibawa Carlos Queiroz

Skuad Iran sudah dilatihkan oleh Carlos Quieroz untuk beberapa ketika dan pengendali itu juga sudah bersama-sama negara republik Islam untuk dua edisi Piala Dunia.

Piala Dunia pertama Queiroz bersama Iran adalah di Brazil pada 2014. Pada waktu itu, Queiroz telah meletakkan identiti Iran sebagai pasukan yang akan bertahan sebelum membalas dengan melakukan serangan balas pantas.

Hasilnya, mereka berjaya tampil berani ketika bertemu pasukan gergasi dunia. Paling dikenang adalah mereka cuma tewas 1-0 kepada Argentina di peringkat kumpulan – itu pun menerusi gol minit akhir Lionel Messi.

Ketika Rusia 2018 pula, pendekatan yang sama dibawa oleh Quieroz menghasilkan keputusan yang lebih baik.

Jika di Brazil 2014, mereka berjaya mencatatkan satu seri dan dua kekalahan. Pada Rusia 2018 pula, Iran berjaya memperoleh kemenangan ketika bertemu Maghribi dan seri ketika bertemu Portugal.

Gemar bermain dengan formasi 4-1-4-1, Iran lebih mengutamakan kestabilan dan kepastian dalam blok pasukan agar tidak mudah pecah dan dikuasai oleh pihak lawan.

Peluang untuk Mehdi Taremi

Qatar 2022 ini bukan sahaja peluang untuk Iran menunjukkan yang mereka semakin kompetitif untuk berdepan gergasi bola sepak dunia, tetapi ia juga merupakan peluang terbaik untuk Mehdi Taremi menonjolkan bakatnya.

Dianggap sebagai permata bola sepak Iran yang tertinggal, perjalanan karier Taremi ke Eropah boleh dikatakan cukup lambat berbanding Sardar Azmoun dan Alireza Jahanbakhsh.

Taremi tiba di Eropah pada usia 27 tahun dengan menyertai Rio Ave pada 2019 sebelum ke Porto setahun kemudian.

Qatar 2022: Senegal Mampu Cipta Kejutan Dalam Kumpulan A

Persembahan cemerlang Taremi di Portugal diteruskan dengan pemain itu terus menjadi kesukaan peminat Porto dengan telah menyumbang 62 gol dalam 114 penampilan.

Malah, Taremi juga dilihat seorang pemain yang boleh menghasilkan gol untuk rakan sepasukan apabila mencipta 42 bantuan gol di Porto.

Piala Dunia kali ini boleh menjadi pentas untuk Taremi memburu kegemilangan yang hilang dalam kariernya selepas peluang untuk beraksi di Eropah dihalang oleh bapanya sendiri sebelum ini.

Bapa Taremi mengakui sebelum ini yang dirinya menyesal tidak melepaskan anaknya itu ke Eropah lebih awal.

Jika tidak, pasti kejayaan lebih besar sudah diterima Taremi.

Asia mengharapkanmu, Iran!

Maruah bola sepak Asia akan terletak di bahu Iran pada kejohanan kali ini dengan mereka hadir sebagai antara pasukan terbaik benua itu.

Dengan prestasi yang semakin baik dibawah kendalian Queiroz dan lebih ramai pemain yang berpengakalan di Eropah dipanggil, sudah pasti Iran akan lebih kompetitif walaupun diletakkan dalam kumpulan maut.

Layak untuk ke pusingan seterusnya itu mungkin sukar, tapi Iran pastinya mampu untuk menggangu pasukan lawan untuk cuba berada selesa dalam kumpulan B.

Semoga berjaya, Iran.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN