Penyertaan Bryan See Tian Keat ke Perak FC memberi petanda mereka sedang mempersiapkan skuad yang ampuh dari posisi paling bawah.
Semakin kukuh kawasan benteng mereka, ia akan dapat membantu mereka membina asakan yang teratur selain menyerap asakan lawan lebih baik.
Perak dilihat mencari bakat-bakat muda untuk diketengahkan, namun untuk posisi penjaga gol, mereka memerlukan pemain yang lebih berpengalaman dan Bryan See dilihat sesuai untuk diberikan peranan penting mengawal selia gawang ‘The Bos Gaurus’. Berusia 29 tahun, Bryan pilihan terbaik.
Berpengalaman beraksi di Liga Super dalam tiga musim terakhirnya, pengalamannya bakal ditagih oleh pengendali, Lim Teong Kim dalam mengemudi skuad mudanya. Mungkin akan ada beberapa lagi pemain senior sepertinya bakal dibawa masuk selepas ini untuk posisi lain.
Penjaga Gol Ke-4 Terbaik Liga Super, Bryan See Tekad Cabar Slot Utama Penang FC
Mengapa dikatakan beliau adalah pilihan tepat? Sejak akhir-akhir ini, kelibatnya mungkin kurang mendapat perhatian apabila kerap diketepikan Penang FC dan Melaka United. Beliau menjadi pilihan kedua pasukan yang disertainya selepas cemerlang di PDRM FA berdasarkan statistik ini.
‘Top 4’ penjaga gol terbaik Liga Super 2020
Sebelum menyertai Penang, beliau merupakan penjaga gol PDRM dan telah tampil 54 peratus dalam saingan liga musim 2020 – enam penampilan daripada 11 maksimum. Dan beliau muncul antara yang terbaik di liga.
Berada di kedudukan ke-4 terbaik di belakang Kalamullah Al-Hafiz (PJ City), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United) dan Khairulazhan Khalid (Selangor FC), kredibilitinya di gawang tidak boleh disangkal mana-mana pihak. Malah beliau berada di depan penjaga gol JDT, Farizal Marlias – di tangga kelima.
Di antara mereka berlima, hanya beliau tidak pernah berada di kem kebangsaan.
4️⃣ BRYAN SEE (PDRM)@PDRMTheCops@TKSeeee
27Y 4M 9D
6 apps(0 sub)
540 playing minutesPerformance in #MSL20:
Save percentage: 67.27%
Shot On Target Faced/Game: 9.17👑
Goal Conceded/Game: 3.0👑
Shots Saved/Game: 6.17👑
Clean Sheet: 1#OptaJ pic.twitter.com/aHewUZ2ZEo— OptaJ (@OptaJ_Analytics) November 26, 2020
Walaupun berkaliber, namun perjalanan kariernya bersama Penang dan Melaka United tidak berapa indah. Mengikut statistik musim 2020 itu, beliau yang tertinggi merekodkan ‘saves’ dengan 6.7 ‘saves’ setiap perlawanan.
Perak perlukan sepasang tangan ’emas’?
Bukanlah mahu menidakkan keupayaan bekas penjaga gol muda negara, Zamir Selamat, namun, Bryan perlu diberikan pentas lebih besar dan Perak tempat terbaik buatnya bagi mempamerkan sesuatu lebih bermakna.
Laman Perak FC sebelum pengumuman penyertaannya ada memberikan persoalan, “Siapa pilihan calon penjaga gol skuad utama?” kepada para penyokong. Ini seperti memberi petanda beliau adalah pilihan utama kini.
Beliau membuktikan prestasinya ketika bersama pasukan bergelut seperti PDRM pada musim 2020. Malah, ketika diturunkan bermain bersama Penang dan Melaka United, aksi tangkasnya juga tidak kurang hebatnya. Beliau tewas dari segi reputasi penjaga gol utama pasukan itu ketika itu.
➡️ Kesilapan pertahanan Terengganu
➡️ Sisi kanan Penang sangat baik
➡️ Bryan See cemerlang di gawangBerikut adalah ulasan Sukanz berkenaan pertemuan Terengganu menentang Penang pada Sabtu yang lalu.
LINK: https://t.co/kzxq1X0Lti#LigaSuper2021 pic.twitter.com/w9lGo44EC8
— Sukanz. (@sukanzcom) May 3, 2021
Bersama Penang beliau tampil dalam tujuh perlawanan dan merekodkan satu ‘cleansheets’ dan tujuh kali dibolosi. Bersama pasukan ‘bermasalah’, Melaka United, beliau gagal memberikan yang terbaik apabila dibolosi 23 gol dalam 11 penampilannya dan dua kali berhasil meraih ‘cleansheets’.
Semua tahu tentang masalah tunggakan gaji yang berlaku di Melaka United.
Pengalaman beraksi di luar negara
Jika dilihat, kariernya di Malaysia baru bermula semula pada musim 2018 bersama PKNP FC sebelum beraksi di Thai League 3 bersama Bangkok FC untuk enam bulan – Bryan berpeluang tampil beraksi 10 kali di sana.
Beliau menyertai The Cops pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.
Sebelum itu, di usia remaja beliau pernah bersama PKNS FC dan Perak sebelum melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat. Walaupun dalam tempoh pengajian di sana, beliau tampil bermain bersama pasukan universitinya iaitu UC Irvine Anteaters dan Johns Hopkins Blue Jays.
Ia pengalaman berharga buatnya dan membentuknya menjadi penjaga gol yang boleh diharapkan. Kembali ke Perak buat kali kedua dalam kariernya, tentu beliau mahu menampilkan sesuatu yang terbaik buat mereka.