Fenway Sports Group (FSG) dilaporkan sudah bersedia untuk menjual Liverpool selepas melihat Chelsea dibeli dengan harga yang sangat tinggi.
Selepas lebih sedekad memiliki Liverpool FC, FSG akhirnya terbuka untuk menjual kelab yang beliau beli pada tahun 2010 lalu itu.
Pemilik dari Amerika Syarikat itu dilaporkan sudah menyiapkan kertas kerja untuk menjual Liverpool dan beliau sedang menanti tawaran dari pembida yang berminat mahu membeli kelab dari Merseyside itu.
Liverpool FC owners Fenway Sports Group say they are open to offers following report club is up for sale https://t.co/S0DEGbgdjk
— Sky News (@SkyNews) November 7, 2022
FSG membeli Liverpool pada Oktober 2010 dari George Gillett dan Tom Hicks dengan nilai £300 juta dan beliau kini mahu menjual kelab gergasi Premier League itu dengan harga berlipat kali ganda lebih tinggi dari harga beliau beli.
Pakar pelaburan Goldman Sachs dan Morgan Stanley dilaporkan telah dilantik sebagai penasihat yang akan menguruskan urusan jual beli Liverpool FC itu.
Pada Mei yang lalu, Forbes telah menilai Liverpool dengan nilai $4.45billion (£3.89bn).
Walau bagaimanapun, selepas melihat Chelsea dijual kepada pemilik LA Dodgers, Todd Boehly dengan nilai £4.25bn pada awal tahun baru-baru ini, FSG sepertinya berharap Liverpool bakal mampu dijual dengan harga yang lebih tinggi.
🚨 EXCLUSIVE: Liverpool have been put up for sale by Fenway Sports Group. Sale deck has been produced for interested parties. Goldman Sachs + Morgan Stanley assisting evaluation process. Unclear if deal gets done but FSG inviting offers @TheAthleticFC #LFC https://t.co/hdmPKeb1ec
— David Ornstein (@David_Ornstein) November 7, 2022
FSG berharap Liverpool akan mampu dijual dengan harga setanding harga Chelsea dan menolak untuk mengikut nilai pasaran yang dinilaikan oleh Forbes sebelum ini.
Menurut sumber laporan dari The Athletic, FSG bersedia untuk menjual Liverpool seandainya ada tawaran yang sesuai.
“FSG sebelum ini kerap mendapat tawaran dari pihak ketiga yang mahu membeli saham di Liverpool.”
Tulis kenyataan dari FSG.
“FSG telah menjelaskan sebelum ini yang di bawah syarat dan situasi yang tepat, kami bersedia untuk menerima pemegang saham yang baru andai itu yang terbaik untuk Liverpool sebagai kelab.”
Liverpool up for sale. Exclusive by @David_Ornstein. https://t.co/bK6FMeBHgq
— Simon Hughes (@Simon_Hughes__) November 7, 2022
Jelas sekali harga pasaran Liverpool kini jauh lebih mahal berbanding ketika FSG membelinya pada tahun 2010 yang lalu.
Selepas Liverpool melantik Jurgen Klopp sebagai pengurus mereka pada tahun 2015 yang lalu, gergasi Merseyside itu telah memenangi pelbagai kejayaan yang sungguh gemilang.
Pengurus dari Jerman itu berjaya membantu Liverpool untuk memenangi segala kejuaraan yang mampu untuk mereka menangi seperti Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup, Premier League, FA Cup, Carabao Cup dan Community Shield.
🚨🔴 𝑯𝑼𝑮𝑬 news on Monday with FSG putting Liverpool up for sale! https://t.co/rW32Tbhify
— This Is Anfield (@thisisanfield) November 7, 2022
Melihat atas segala pencapaian Liverpool dan barisan pemain yang mereka miliki pada ketika ini, maka tidak hairanlah mengapa Fenway Sports Group akan mampu menjual kelab dengan harga yang sangat tinggi.