Terengganu sekali lagi tampil cemerlang dalam saingan Piala Malaysia, apabila terbaharu mereka berjaya menewaskan cabaran Kuala Lumpur City (KL City) dengan keputusan penuh 1-0.
Satu jaringan yang terhasil menerusi ledakan Kpah Sherman cukup untuk menyuntik motivasi yang sangat tinggi buat anak-anak buah Nafuzi Zain di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
🏳️🏴 KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN 🏴🏳️
[ @KLCityFootball 0-1 @FCTerengganu ]
⚽️ Kpah Sherman#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/1w4MsXvwhV
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) November 6, 2022
Lebih membanggakan, Terengganu juga berjaya mengimbangi perlawanan dengan sangat baik walaupun beraksi dengan 10 pemain sahaja pada pertengahan separuh masa kedua.
Ini kerana, penjaga gol mereka iaitu Suhaimi Husin terpaksa keluar lebih awal kerana menerima layangan kad merah daripada pengadil perlawanan.
Walaupun mereka tampil di gelanggang lawan tanpa kelibat dua tonggak utama iaitu Shahrul Nizam dan Rahadiazli Rahalim, pasukan tersebut tetap mempamerkan aksi bermutu tinggi untuk mengetepikan cabaran skuad kendalian Bojan Hodak.
KL City pula tampil dengan serba tidak menjadi sepanjang 90 minit aksi berlangsung, biarpun bekelebihan beraksi di laman sendiri untuk mendapatkan walau satu jaringan.
Min ‘62
🟥 Suhaimi Husin
[ @KLCityFootball 0-1 @FCTerengganu ]
⚽️ Kpah Sherman#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) November 6, 2022
Kekalahan itu pastinya memberi sedikit masalah buat KL City untuk aksi seterusnya, kerana mereka akan berkunjung di kubu keramat Terengganu bagu perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia 2022.
Berikut merupakan faktor-faktor penting mengapa Terengganu berjaya mencatat kemenangan ke atas KL City, walaupun beraksi dengan 10 pemain.
Kekebalan pertahanan Terengganu
Pertahanan Terengganu jelas tampil dengan sangat berdisiplin sepanjang aksi berlangsung untuk mengekang percubaan-percubaan yang dilancarkan oleh KL City.
Gandingan Adib Zainudin bersama Pape Diakite jelas sangat baik dan ketiadaan Shahrul Nizam tidak begitu memberi kesan buat Terengganu di bahagian pertahanan.
Malah, Alif Zakaria dan Azam Azmi Murad juga tampil positif untuk mematikan ancaman lawan dengan baik dari sebelah tepi serta meneutralkan kembali keadaan.
Penguasaan bola di kawasan tengah
Gandingan antara Habib Haroon bersama Manuel Ott tidak perlu dipertikaikan lagi apabila kedua pemain ini mempamerkan persefahaman sangat tinggi untuk menguasai bahagian tengah dengan baik.
Malah Manuel Ott sendiri dilihat begitu tenang untuk bergerak serata arah dan bertukar posisi bersama Habib bagi mencipta ruang dan mengawal tempo permainan.
📷l GALERI FOTO PERLAWANAN SUKU AKHIR PERTAMA #TMPIALAMALAYSIA2022 🏴🏳️
FT Kuala Lumpur City FC 0-1 Terengganu FC
⚽️ Kpah Sherman 13’#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/ZRHyWstpQc
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) November 6, 2022
Dominasi yang cuba diciptakan oleh Paulo Josue bersama Akram Mahinan serta Ryan Lambert jelas tidak begitu menjadi selain isu salah faham berlaku ketika bertukar hantaran.
Kehadiran ramai penyokong Terengganu
Perlawanan semalam boleh diibaratkan sebagai Terengganu sebenarnya beraksi di laman sendiri setelah kehadiran begitu ramai penyokong pelawat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Sorakan gemuruh para penyokong Terengganu jelas menggamatkan suasana sejak awal perlawanan berlangsung untuk menaikkan motivasi para pemain pelawat di atas padang.
14' GOL | Kpah Sherman membuka tirai jaringan buat perlawanan ketiga berturut-turut!@KLCityFootball 0-1 @FCTerengganu #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/ghEKWE7sNq
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 6, 2022
Malah, ia dilihat sedikit sebanyak mengganggu emosi pemain KL City apabila menerima serangan psikologi oleh penyokong pelawat sepanjang saingan berlangsung.