Ini Sebab Pemain Import Persib Bandung Kecewa Dengan Liga 1 Indonesia

Pemain pertahanan import Persib Bandung iaitu Daisuke Sato jelas kecewa dengan suasana bola sepak yang sedang berlaku ketika ini di Indonesia.

Menurut beliau, saingan liga yang masih lagi belum kembali bersambung kini jelas menjadikan Daisuke agak sedih kerana tidak dapat beraksi di atas padang.

Walaupun sebelum itu ada perkhabaran mengatakan saingan liga tersebut akan kembali berlangsung pada hujung November, namun sehingga kini Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) belum memberi kepastian penuh.

“Pastinya agak kecewa, kerana pekerjaan kami untuk beraksi di atas padang, tetapi ketika ini kami masih belum dibenarkan untuk bermain dan ianya jelas agak menyedihkan.

“Tetapi, kami juga tidak boleh membuat apa-apa selain meneruskan sesi latihan dan membuat persediaan rapi sekiranya saingan liga kembali bersambung,” jelas Daisuke Sato menerusi Bola.com.

Pada masa sama, Daisuke juga menegaskan sentiasa mempersiapkan diri secara individu sebagai persediaan penuh sebelum aksi kembali berlangsung.

Pemain itu juga mengakui keadaan diri beliau sangat terbaik ketika ini untuk bermain menerusi siri latihan yang dijalankan bersama pasukan serta secara individu.

“Saya sering berusaha untuk menjaga prestasi diri agar sentiasa cergas tidak kira masa apapun sebagai seorang pemain profesional.

“Malah ketika masa cuti sekalipun, adalah berusaha untuk mengekalkan kecergasan diri supaya ketika saingan kembali bersambung, diri saya sudah pun bersedia.

“Jadi secara keseluruhan, keadaan diri diri ini sentiasa bagus kerana saya menjaga dengan begitu baik dan sedia untuk beraksi,” tambah beliau.

Untuk terus kekal bermotivasi, Daisuke tetap percaya saingan Liga 1 itu akan kembali bersambung bersama kemeriahan seperti sebelum ini pada masa akan datang.

“Saya sentiasa ingin menjadi yang terbaik sewaktu liga berhenti atau ketika berlangsung sebagai seorang pemain.

“Motivasi saya setiap masa untuk muncul sebagai yang terbaik serta menjadi juara, itu yang sentiasa berlegar dalam fikiran saya,” terang Daisuke.

Daisuke Sato merupakan pemain kacukan Jepun dan Filipina yang kini beraksi bersama Persib Bandung selepas bersama Ratchaburi Mitr Phol di Thailand.

Pemain yang berusia 28 tahun itu memulakan karier dalam dunia bola sepak di Jepun sebelum itu bersama Urawa Reds Diamond selama beberapa tahun.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN