Hasrat untuk penyokong bola sepak Indonesia melihat salah satu pasukan gergasi Eropah iaitu Borussia Dortmund tiba di sana tidak kesampaian pada bulan ini disebabkan beberapa faktor tidak dapat dielakkan.
Sebaliknya, mereka memilih Malaysia sebagai pengganti negara tersebut dengan menjadikan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai wakil Malaysia untuk aksi persahabatan.
🟡⚫️ SOUTHEST ASIA TOUR 2022
🇩🇪 Borussia Dortmund are set to head to Asia during the 2022 FIFA World Cup, and the schedule with 3 matches for the tour has now been announced.
24/11 | 🇸🇬 Lion City Sailor
28/11 | 🇲🇾 Johor Darul Ta'zim
30/11 | 🇻🇳 Vietnam National Team pic.twitter.com/hs76msNtPy— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 31, 2022
Menurut laman rctiplus.com, sebelum ini wakil Dortmund telah pun mengumumkan jelajah mereka ke Asia Tenggara dengan memilih Singapura, Vietnam, dan Indonesia pada 21 November untuk menguji kelab tempatan di sana.
Malaysia jelas tidak ada dalam perancangan mereka sebelum itu untuk dijadikan negara lawatan mereka untuk aksi persahabatan, walaupun sebelum itu Dortmund pernah tiba di sini beberapa tahun lalu.
Mengikut perancangan awal, pasukan gergasi di Jerman itu pada asalnya dijangka mengadakan aksi persahabatan bersama dua kelab tempatan Indonesia iaitu Persib Bandung serta Persebaya Surabaya.
Namun rencana tersebut terpaksa dibatalkan kerana peristiwa hitam yang melanda negara tersebut bulan lalu di Stadium Kanjuruhan sehingga menyebabkan ratusan nyawa melayang.
Ketika ini, segala saingan bola sepak di Indonesia terpaksa dihentikan seketika kerana siasatan masih lagi berlangsung, selain pihak kerajaan berusaha untuk menyelesaikan isu itu sehingga selesai.
JOHOR DARUL TA'ZIM FC VS BORUSSIA DORTMUND — INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY
Johor Darul Ta'zim FC will host Borussia Dortmund in an international club friendly at Sultan Ibrahim Stadium on November 28. More details to follow. Luaskan Kuasamu Johor. pic.twitter.com/Ie7SGs7bEQ
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 31, 2022
Insiden tersebut telah pun mengorbankan 135 nyawa serta ratusan yang lain mengalami kecederaan selain beberapa fasiliti telah rosak teruk di sekitar kawasan stadium.
Ianya berlaku apabila ada rusuhan berlaku membabitkan para penyokong selepas perlawanan membabitkan antara Arema dan Persebaya Surabaya sehingga pergelutan berlaku dengan membabitkan pihak polis di sana.
Sebagai pengganti, Malaysia telah menjadi destinasi mereka dan JDT bakal berhadapan pasukan tersebut setelah kali pertama mereka bertemu pada tahun 2015.
Ketika itu, aksi persahabatan tersebut berlangsung di Stadium Larkin dengan keputusan penuh menyaksikan Dortmund berjaya menewaskan JDT 6-1.
Antara pemain JDT yang beraksi ketika itu ialah Safee Sali, Amri Yahyah, Mahali Jasuli serta beberapa lagi tonggak yang dikendalikan oleh Mario Gomez.
Don't miss these, trust us 👇
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) October 30, 2022
Pada masa sama, Dortmund turut tampil dengan beberapa tonggak mereka iaitu Mats Hummel, Ilkay Gundogan, Pierre-Emerick Aubameyang dan beberapa lagi nama besar.
Gol tunggal JDT ketika itu diledak oleh bekas pemain mereka, Gary Steven Robbat pada minit ke-40 untuk memberi kegembiraan sekurangnya buat para penyokong tempatan yang menyaksikan aksi tersebut.