Piala Malaysia: Sentuhan Irfan Bakti Berjaya Bantu Kuching City Singkirkan Penang

Kuching City berjaya mencipta kejutan dalam saingan Piala Malaysia kali ini apabila mereka berjaya menewaskan Penang dengan keputusan 4-2 secara agregat untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim jelas mempamerkan aksi mantap di Stadium Negeri,  Kuching setelah tampil dengan aksi cukup baik sepanjang perlawanan untuk menidakkan Penang.

Pada awal perlawanan berlangsung, Kuching City jelas mendominasi perlawanan menerusi beberapa siri serangan dibuat, termasuk satu percubaan dilepaskan Abu Kamara sebelum ditepis keluar.

Intensiti permainan juga jelas agak tinggi dipamerkan kedua pasukan seawal lima minit permainan berlangsung, dengan masing-masing mencongak peluang bagi mendapatkan gol awal permainan.

Penang juga mempunyai satu peluang cantik menerusi satu tandukan tepat dibuat oleh Lucas Espindola, setelah beliau menerima satu umpanan daripada Endrick dos Santos.

Namun tandukan pada minit ke-8 itu berjaya ditangkap dengan kemas oleh penjaga gol Kuching City, Shaiful Wazizi Mohammad untuk menyelamatkan keadaan.

Selepas 20 minit perlawanan berlangsung, kedua pasukan masih lagi buntu untuk mendapatkan sebarang gol, selain bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Penang akhirnya membuka tirai jaringan menerusi Lucas Espindola pda minit ke-22, apabila suatu gerakan cantik dicipta pelawat berjaya memecahkan blok pertahanan Kuching City yang agak kebal sebelum itu.

Selepas memperoleh gol pendahuluan, pasukan pelawat jelas tampil dengan lebih yakin untuk menguasai permainan serta beberapa dicipta untuk mengkucar-kacirkan pertahanan tuan rumah.

Aksi permainan di penghujung separuh masa pertama juga sedikit tegang, setelah ada pergeseran yang berlaku antara kedua pasukan serta keputusan pengadil yang sedikit meragukan.

Bersambung di separuh masa kedua, tidak banyak perubahan dapat dibuat oleh kedua pasukan dengan lebih banyak kekasaran berlaku di tengah padang yang menyebabkan aksi intensiti permainan agak terganggu.

Alif Hassan akhirnya kembali menceriakan para penyokong tuan rumah, apabila pemain ini berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi sepakan percuma yang sangat cantik.

Memasuki minit-minit akhir permainan, masih tiada sebarang gol tambahan berjaya diledak oleh kedua pasukan untuk mengesahkan diri ke pusingan seterusnya dalam aksi Piala Malaysia musim ini.

Keputusan penuh perlawanan tamat dengan kedua pasukan terikat seri 1-1 serta agregat 3-3 yang memerlukan masa tambahan untuk menentukan siapa memenanginya.

Kuching City akhirnya berjaya menunjukkan jalan penamat buat Penang apabila gol pendahuluan mereka pada minit ke-117 terhasil menerusi Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman.

Keputusan perlawanan kekal dengan Kuching City berjaya mengejutkan Penang dalam aksi pertama Piala Malaysia untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Kesebelasan utama

Kuching City: Shaiful Wazizi Mohammad (Penjaga gol), Aylton Ferreira Ananias, Abu Kamara, Muhammad Adam Shreen Tambi, Rames Lai Ban Huat, Mohammad Dzulazlan Ibrahim, Amir Amri Salleh, Rafiezan Razali (Kapten), Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman, Mohamad Alif Hassan, Yuki Tanigawa

Penang: Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Penjaga gol), Ariff Ar-Rasyid Ariffin, Mohammad Khairul Akmal Rokisham, Lucas Espindola da Silva, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew, Endrick dos Santos Parafita, Rafael Vitor Santos de Freitas (Kapten), Muhammad Rafiuddin Roddin, Mohd Azzizan Nordin, Saravanan Thirumurugan, Muhammad Adib Abdul Ra’op

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN