Pemergian Dr Gokhan Kandemir dari skuad negara mengejutkan, namun Kim Pan-gon mungkin sudah bersedia dengan kepakaran Korea Selatan.
Gokhan merupakan jurulatih kecergasan bagi skuad kebangsaan yang telah dilantik bersama Kim kurang setahun yang lalu, pada 1 Februari 2022.
Pengendali skuad kebangsaan, Kim tampak seperti sudah bersedia dengan kemungkinan untuk kehilangan Gokhan yang mengumumkan sendiri beliau sudah meninggalkan pasukan menerusi posting di ekoharimaumalaya.my.
Menurut laman ekorharimaumalaya.my di Instagram, Gokhan telah tampil mengucapkan selamat tinggal dan berterima kasih atas peluang yang diberikan berkhidmat bersama skuad kebangsaan selama 10 bulan.
Belum Sampai Setahun, Jurulatih Kecergasan Malaysia Ucap Selamat Tinggal?
“Sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal selepas 10 bulan yang tidak dapat dilupakan di Malaysia.”
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua jurulatih, kakitangan kejurulatihan, pemain, dan keluarga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan sepenuh hati. All the best Malaysia.”
Dr Gokhan Kandemir
Adakah ia akan memberi kesan terhadap skuad kebangsaan selepas ini? Seperti yang kita tahu, Gokhan adalah antara tunjang yang membawa Malaysia ke Piala Asia 2023, menamatkan penantian selama 42 tahun untuk layak secara merit selepas kali terakhir dilakukan pada tahun 1980.
Dengan tiada pengumuman rasmi tentang pemergiannya dan siapa yang mengambil alih peranannya, semua tertanya-tanya tentang penggantinya.
Terdapat kemungkinan yang Kim Pan-gon telah membawa lebih awal kepakaran dari negara asalnya, Korea Selatan sebagai pengganti Gokhan.
ACQ 2023 : Malaysia end 42 years through to Asian Cup 2023#ACQ2022 #MASvBAN #Malaysia #Bangladesh#SNESportshttps://t.co/arfoYy3w8U
— SNEsports (@SNE_Sports) June 14, 2022
Melihat kepada isu ini, lazimya tugasan ini akan diberikan kepada jurulatih kecergasan sedia ada dalam kem skuad kebangsaan. Dan seperti yang kita tahu, Malaysia memiliki seorang jurulatih kecergasan yang berasal dari Korea Selatan yang baru dilantik 1 September lalu bersama skuad B-23.
Berasal dari negara yang sama dengan Kim, tentunya ini akan memudahkan gerak kerja yang mahu digerakkan olehnya menjelang saingan Piala Asia.
Beliau pernah berkhidmat bersama juara Piala FA Korea Selatan edisi 2019 bersama Suwon Samsung Bluewing, selain pernah berkhidmat bersama skuad kebangsaan, skuad B-23 dan B-20 Korea Selatan. Melihatkan CV serta negara asalnya, ia sesuatu yang baik buat skuad kebangsaan.
Beliau adalah Park Ji-hyeon yang telah dilantik bersama E. Elavarasan, Juan Torres Garrido, Kris Yong dan Lee Je-yoon untuk skuad B-23 negara.
Dengan saingan Piala AFF Mitsubishi Electric semakin hampir, mungkin tiada pelantikan baharu akan diumumkan dan Park mungkin akan terus ditugaskan untuk bersama skuad Harimau Malaya sebagai pembantu Kim.
Ini adalah biodatanya yang dikongsi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika mengumumkan barisan kejurulatihan skuad Harimau Muda.