Lawan Negara Ranking Lebih Rendah Sebelum Piala AFF, KPG Ada Alasan Tersendiri

Kim Pan-gon

Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menyedari walaupun dua negara yang bakal diuji Malaysia menjelang Piala AFF 2022 adalah berada di bawah ranking Harimau Malaya, tetapi mereka tetap akan memberikan cabaran yang diperlukan.

Malaysia akan bertemu Kemboja dan juga Maldives menjelang pembukaan Piala AFF 2022 dan diatas kertas, kedua-dua negara itu bukanlah secemerlang Harimau Malaya.

Untuk rekod, Kemboja berada ditangga ke-177 dan Maldives pula 154. Sementara skuad Kim pula berada ditangga ke-146 dunia.

Pemilihan dua negara ini sebagai lawan pemanas badan mungkin diragui oleh sesetengah penyokong yang berasakan, “kenapa tak nak lawan dengan pasukan lebih kuat?”

Namun, Kim ada idea beliau sendiri mengapa dua negara ini dipilih sebelum pemburuan Piala AFF bermula.

Hal ini disebabkan, Kim mahu menyesuaikan pasukan dengan ‘suhu’ kejohanan itu sendiri yang hanya melibatkan pasukan-pasukan dari Asia Tenggara sahaja.

“Kemboja merupakan salah satu pasukan dari Kumpulan A yang mana pemilihan pasukan ini sebagai lawan pada perlawanan pemanas badan dilihat bersesuaian dalam usaha kita untuk mengenal pasti perkara-perkara yang perlu diperbaiki selepas pasukan kembali berkumpul untuk kem latihan pusat.

“Kita telah bermain perlawanan menentang Thailand dan Filipina tahun ini dan percaya Kemboja akan menjadi pilihan lawan yang baik untuk persiapan kita kali ini,” kata Kim.

Untuk Maldives pula, reputasi sebagai juara Asia Selatan sebanyak dua kali menjadikan mengapa Harimau Malaya bakal berdepan mereka sebelum kejohanan sebenar bermula.

Akan tetapi, faktor Maldives bertemu Laos yang bakal ditentang Malaysia akhir tahun ini menjadi faktor utama Kim mahu menentang mereka.

“Bagi pertemuan dengan Maldives, lawan yang biarpun bukan dari Asia Tenggara tetapi merupakan juara dua kali Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) pada 2008 dan 2018, selain memiliki corak permainan yang hampir sama dengan pasukan-pasukan Asia Tenggara yang lain.

“Selain itu, Maldives memenangi kedua-dua perlawanan mereka ketika FIFA Days pada September dan merupakan salah satu pasukan terbaru yang telah menentang Laos, pasukan yang akan kita hadapi pada kejohanan nanti,” tambah Kim lagi.

Malaysia akan bertemu Kemboja pada 9 Disember dan Maldives pada 14 Disember dengan kedua-dua aksi akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil serta Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN