Saingan Piala Malaysia akhirnya akan membuka tirai pada malam ini dengan membabitkan enam perlawanan di lokasi berbeza dalam misi untuk merebut kejuaraan terakhir domestik musim ini.
Salah satu perlawanan yang mencuri perhatian ialah membabitkan pertemuan antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Negeri Sembilan.
Hari perlawanan!
Skuad Jang kembali beraksi malam ini. Negeri Sembilan FC bertandang ke Stadium Darul Aman dalam perlawanan Piala Malaysia 2022 menentang Kedah Darul Aman FC.
Misi memburu kemenangan! #KDANSE#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/r9tzllKO3c
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) October 26, 2022
Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Setar itu dianggap mencuri tumpuan kerana pertemuan terakhir mereka dalam saingan Liga Super sebelum ini jelas sengit dan memihak kepada Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan yang tampil sebagai salah satu pasukan terkuat dalam aksi Liga Super sebelum ini pastinya ingin tidak ingin pulang dengan hampa selaku status pelawat.
KDA yang menamatkan cabaran liga sebelum ini dengan prestasi kurang memberansangkan pula sudah tentu ingin melakar kebangkitan bersama jurulatih interim mereka, Victor Andrag.
Berikut merupakan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal menjadi tunjang utama kekuatan pasukan masing-masing untuk meraih kemenangan penting malam ini.
Yashir Pinto
Pemain kelahiran Chile yang beraksi bersama skuad kebangsaan Palestin ini tampil selaku tonggak penting buat Negeri Sembilan di bahagian serangan.
Pada perlawanan lalu dalam saingan Liga Super, kehadiran Yashir jelas memberi masalah utama kepada pertahanan KDA menerusi kualiti dipamerkan beliau sepanjang 90 minit perlawanan.
Menerusi kreativiti, kualiti hantaran, dan kelincahan dimiliki Yashir, maka tidak hairan mengapa beliau menjadi aset utama K. Devan musim ini dalam memburu jaringan.
48' GOL | Giliran Yashir Pinto untuk membuka akaun gol bersama Negeri Sembilan FC!@nsfc1923 2-0 @OfficialPahang #LigaSuper2022 pic.twitter.com/DIRJUYRFGM
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 25, 2022
Apa yang pertahanan KDA perlu beri perhatian malam ini bukan sahaja terarah kepada pasangan Gustavo Almeida dan Matheus Alves, tetapi turut mengawal ketat Yashir supaya tidak diberi kebebasan bola dengan begitu lama.
Herold Goulon
Siapa sahaja tidak gentar dengan pertahanan ini yang mampu menghentikan setiap serangan dengan sempurna di udara atau ketika situasi satu lawan satu.
Goulon bukan sahaja seorang pertahanan yang bagus untuk Negeri Sembilan, malah beliau boleh beroperasi dengan cemerlang di bahagian tengah dan antara penjaring terbanyak pasukan tersebut.
Pada pertemuan lalu, penyerang KDA iaitu Ronald Ngah Wanja jelas menghadapi kesukaran besar untuk melepasi kawalan Goulon yang merantai beliau di segenap arah.
85' GOL | Herold Goulon kembali meletakkan Negeri Sembilan di depan!
@nsfc1923 3-2 @Penang_FC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/JlDGYVv0tr
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 9, 2022
Untuk serangan KDA malam esok, mereka perlu tampil lebih kreatif serta tidak mengharapkan Ronald Ngah sahaja kerana pemain tersebut pasti dikawal ketat oleh Goulon.
Mahmoud Al-Mardi
Pemain serangan KDA ini jelas mencuri tumpuan ramai pemerhati bola sepak tempatan menerusi aksi lincahnya yang menjadi nadi utama buat serangan pasukan tersebut.
Mardi bukan sahaja sukar untuk dikawal, malah pemain ini juga sangat kreatif untuk membuat umpanan berkelas tinggi buat pemain serangan lain mencatat gol.
Selain itu, pertahanan Negeri Sembilan juga perlu berwaspada untuk mengelak daripada memberi peluang sepakan percuma berdekatan gawang gol mereka.
45+3' GOL | Hantaran Fayadh Zulkifli disudahkan oleh Mahmoud Al-Mardi untuk gol penyamaan Kedah Darul Aman FC!@nsfc1923 1-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/phTP3zAJrh
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 8, 2022
Ini kerana, Mardi juga memiliki kebolehan sangat tinggi untuk menjaringkan gol dalam situasi sepakan percuma buat tuan rumah.