Pertahanan kental Liverpool, Virgil Van Dijk mengakui beliau bersama rakan sepasukan lain menemui cara untuk menghentikan Erling Haaland daripada meledak gol pada perlawanan akan datang.
Liverpool bakal menghadapi perlawanan seterusnya dalam saingan English Premier League (EPL) untuk menghadapi cabaran getir bertemu Manchester City pada Ahad ini.
Back at Anfield this weekend 🏡#LIVMCI pic.twitter.com/qnEP3DgUMR
— Liverpool FC (@LFC) October 14, 2022
Seperti diketahui, Haaland tampil pada awal musim pertama ini daripada Borrusia Dortmund untuk menyertai City dalam saingan EPL dengan rekod yang sangat gah.
Penyerang kebangsaan Norway itu setakat ini telah pun mencatat 15 gol dalam sembilan penampilan beliau untuk menjadi tumpuan seluruh pemerhati bola sepak dunia.
Selain gah dengan meledak gol, Haaland juga tampil dengan tiga bantuan jaringan untuk berada di belakang Bukayo Saka dan Bernardo Silva yang sudah melakukan empat kali ketika ini.
Dalam saingan UEFA Champions League (UCL), rekod penyerang muda ini juga tidak kurang hebat setelah meledak lima gol daripada tiga perlawanan dihadapi.
Cuma Bournemouth setakat ini menjadi satu-satunya pasukan dihadapi City yang tidak menjadi mangsa ledakan Haaland, namun kelab tersebut tetap tewas dengan keputusan 0-4.
Ini menunjukkan City tidak hanya bergantung harap kepada Haaland untuk menghasilkan gol, apabila mereka masih mempunyai ramai pemain berkualiti untuk meledak jaringan.
HAALAND! HAALAND! HAALAND!
🔵 4-0 😇 #ManCity pic.twitter.com/K529jFrdFc
— Manchester City (@ManCity) October 8, 2022
Berbanding lawan mereka seterusnya iaitu Liverpool yang sehingga kini masih tidak konsisten, setelah melepaskan 12 gol daripada lapan perlawanan dihadapi mereka.
Namun, Van Dijk menyatakan mereka bakal bersedia kali ini dengan pelan yang lebih jelas untuk mengelakkan keputusan negatif pada perlawanan tersebut.
Menerusi Sport Bible, pertahanan Belanda itu menjelaskan mereka akan membuat apa sahaja untuk mengelakkan semua umpanan sampai kepada Haaland.
“Kami akan cuba hentikan setiap pergerakan bola yang menuju ke arah beliau, bertahan sehabih baik, dan pamerkan segalanya ketika berdepan City.
“Itu yang akan kami praktikkan pada perlawanan hari Ahad ini dan ianya tidak akan berubah sama sekali,” jelas Van Dijk.
Tambah Van Dijk, perlawanan ini bukan sahaja membabitkan pertarungan individu antara dirinya bersama Haaland, malah seluruh ahli pasukan bakal berjuang berhabis-habisan.
“Kami mahu menghentikan mereka daripada meledak sebarang gol pada perlawanan tersebut, tidak kira siapa yang berada di atas padang. Dan kami juga tahu Haaland merupakan pemain sangat bagus.”
Virgil van Dijk on whether Liverpool's clash with Man City could be a season turning point 👇 pic.twitter.com/kNu6TIh5aI
— Sky Sports News (@SkySportsNews) October 14, 2022
Pada masa sama, Haaland turut mengakui keputusan tewas 1-3 kepada Liverpool pada awal musim sebelum itu jelas meningkatkan motivasi beliau untuk tampil lebih baik.
“Saya rasa perlawanan tersebut sesuatu yang sangat bagus buat diri ini. Menerusi aksi itu, saya berjaya untuk tampil lebih bersedia dalam mana-mana aksi,” ulas Haaland.