Malam esok merupakan perlawanan terakhir bagi musim 2022 dalam saingan Liga Super dengan kejuaraan sudah pun sah menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan rekod unggul tanpa kalah.
Manakala pasukan-pasukan pertengahan liga pula masih lagi berpeluang untuk memperbaiki kedudukan carta buat kali terakhir dengan perlu mencatat kemenangan untuk meraih mata semaksima mungkin.
Pejam celik esok dah masuk perlawanan terakhir #LigaSuper2022! Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk hadir ke stadium sokong pasukan pilihan anda. 👌🏻
Kalau tak sempat jangan risau, boleh tonton semua perlawanan ini secara langsung menerusi platform @unifi! #AksiSetiapDetik pic.twitter.com/XC6QFSNqVp
— Team Malaysia (@TeamMsia) October 14, 2022
Antara perlawanan tumpuan malam esok pastinya terarah kepada pertemuan antara JDT dan Sabah yang bakal membuat perhitungan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Walaupun JDT sudah pun sah menjadi juara Liga Super 2022, namun pasukan itu masih lagi belum tewas musim ini dan Sabah pastinya mahu untuk cuba meleburkan rekod tersebut.
Menerusi keputusan perlawanan terakhir baru-baru ini, JDT unggul menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) di laman sendiri, sementara Sabah berjaya mencipta kebangkitan pada saat akhir untuk mencatat kemenangan 2-1 mengatasi Sri Pahang.
Berikut merupakan tiga pemain tumpuan bagi aksi malam esok melibatkan kedua pasukan ini dengan Sabah dilihat mempunyai tugas getir di SSI, berbanding tuan rumah yang turun tanpa tekanan besar.
Saddil Ramdani (Sabah)
Pemain kebangsaan Indonesia itu boleh dianggap sebagai salah satu kunci utama serangan Sabah musim ini menerusi aksinya yang positif dalam perlawanan dihadapi.
Pemain yang beraksi di bahagian sayap itu mempunyai kelincahan yang sangat bagus untuk mengawal bola dan faktor tersebut dilihat mampu untuk memberikan masalah buat pertahanan JDT malam esok.
80' GOL | Saddil Ramdani menyempurnakan sepakan penalti ini untuk gol ketiga Sabah.@SabahFCofficial 3-1 @Penang_FC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/o4dPdT7OW2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 7, 2022
Pada perlawanan lalu ketika menentang Sri Pahang, Saddil jelas memberi peranan penting untuk membuka ruang serangan buat Sabah menerusi beberapa peluang yang dicipta beliau.
Menentang JDT malam esok, dijangka Saddil bakal sekali lagi mengemudi serangan bersama rakan sepasukan lain seperti Taiki Kagayama dan Baddrol Bakhtiar untuk mendapatkan jaringan di SSI.
Bergson da Silva (JDT)
Penjaring terbanyak dengan rekod 27 gol keseluruhan ketika ini dalam saingan Liga Super 2022, Bergson pastinya mahu meneruskan rekod beliau untuk mencatat jaringan dalam aksi terakhir di laman sendiri.
Tampil dengan dua gol serta satu bantuan jaringan pada perlawanan lalu ketika menentang KDA, pastinya pemain ini dalam motivasi terbaik untuk terus merekodkan sesuatu di hadapan ribuan penyokong JDT.
89' GOL | Bergson meledak sekali lagi untuk gol keempat JDT malam ini!@OfficialJohor 4-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/wqpSvrjoN7
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 11, 2022
Bergson boleh menjadi ancaman paling berbahaya buat benteng pertahanan Sabah, sekiranya diri beliau tidak dikawal dengan ketat menerusi kekuatan fizikal dan ketajamannya di hadapan gol.
Leandro Velazquez (JDT)
Kunci utama serangan JDT musim ini berfungsi dengan baik pastinya terarah kepada Leandro yang sangat konsisten untuk mencipta peluang buat barisan penyerang kelab tersebut meledak gol.
Kelincahan beliau dalam mengawal bola di luar petak penalti sering memberi masalah buat pasukan lawan untuk menghentikannya sehingga kekasaran terpaksa dibuat.
38' GOL | Leandro Velazquez menggandakan kelebihan JDT menerusi sepakan percuma ini!@OfficialJohor 2-0 @nsfc1923 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/1e74Bqrxpx
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 1, 2022
Apa yang pelawat perlu berjaga-jaga pada perlawanan malam esok bukan sahaja kepada Bergson, malah ketajaman beliau dalam situasi sepakan percuma juga sering mengecewakan pasukan lawan.