Siapa Bakal Rangkul Kedudukan Kedua Liga Super 2022?

Ketika semua sudah pun mengetahui juara Liga Super musim 2022 ini milik JDT, saat mendebarkan kini terarah pula kepada perebutan tempat kedua yang masih lagi terbuka untuk tiga pasukan.

Sabah, Terengganu, dan Negeri Sembilan masih lagi mempunyai peluang yang cerah untuk meraih kedudukan tersebut setelah mata dikumpul tiga pasukan itu juga tidak begitu berbeza.

Kedudukan kedua dan ketiga Liga Super dianggap penting ketika ini kerana untuk merebut tiket ke Piala AFC musim hadapan, setelah slot menerusi Piala FA telah terpadam apabila JDT turut meraih gelaran juara.

Untuk rekod, Kedah Darul Aman (KDA) menjadi naib juara Liga Super sejak dua musim lalu dan berjaya melayakkan diri ke saingan Piala AFC dan kini pasukan tersebut bergelut di kedudukan ketujuh.

Namun, ketiga pasukan ini dilihat bakal berhadapan dengan laluan yang berbeza pada aksi terakhir ini malam esok menerusi lawan bakal dihadapi mereka.

Cabaran Negeri Sembilan agak mudah

Negeri Sembilan dilihat mempunyai peluang agak cerah untuk meraih gelaran naib juara apabila lawan dihadapi mereka nanti ialah Sri Pahang di Stadium Darul Makmur (SDM).

Sri Pahang yang mencatat keputusan tewas di Stadium Likasi baru-baru ini di tangan Sabah dilihat agak bergelut dengan prestasi mereka dalam beberapa aksi terakhir itu.

Manakala Negeri Sembilan pula tampil dengan keyakinan tertinggi apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Melaka United di laman sendiri serta setiap pemain berada dalam momentum terbaik.

Terengganu bakal ambil peluang kelemahan Kedah?

Selain Negeri Sembilan, satu lagi pasukan yang dijangka mungkin bakal berhadapan laluan agak mudah ketika ini untuk perebutan tempat kedua Liga Super ialah KDA.

KDA yang mencatat kekalahan keempat berturut-turut ketika ini boleh dianggap sebagai lawan yang agak mudah untuk ditangani mereka kini.

Ditambah dengan dua rekod pertemuan musim ini melibatkan kedua pasukan tersebut juga jelas memihak kepada Terengganu dalam saingan Liga Super dan suku Piala FA.

Dari segi corak permainan, Terengganu juga tampak lebih menyakinkan berbanding tuan rumah yang tidak konsisten sejak kebelakangan ini.

Laluan berliku buat Sabah

Penghuni kedudukan kedua carta liga ketika ini iaitu Sabah bakal berhadapan cabaran agak getir untuk mempertahankan posisi tersebut, apabila bakal berhadapan JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Berdasarkan rekod pertemuan awal kedua pasukan ini, JDT berjaya merekodkan kemenangan tipis di Stadium Likas dalam aksi yang cukup sengit sepanjang 90 minit aksi berlangsung.

Sabah yang melakar kemenangan tipis untuk mengetepikan cabaran Sri Pahang lalu kini berada dalam tahap terbaik mereka untuk kembali melakar sesuatu dalam aksi bertemu JDT walaupun dikhabarkan kehilangan tiga tonggak.

Namun cabaran terbesar mereka ialah suasana atmosfera di SSI serta momentum semasa JDT bakal memberi masalah buat Sabah untuk meraih mata pada aksi malam esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN