Kelab gergasi dari Sepanyol iaitu Barcelona dikhabarkan berminat untuk mendapatkan pemain tengah yang kini beraksi bersama Liverpool pada masa akan datang.
Pemain tengah yang disifatkan oleh Jurgen Klopp sebagai salah seorang pemain tengah terbaik pernah dilihat pengendali dari Jerman itu, kini berada dalam radar pemerhatian Barcelona bagi memperkukuhkan kelab.
🚨 NEW: Barcelona are monitoring Naby Keita’s contract situation as they prepare to land several free agents next summer, according to Catalan daily SPORT. #lfc [sport via liverpool echo] pic.twitter.com/BdSkoXKKDO
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 12, 2022
Prestasi semasa Barcelona ketika ini berada dalam keadaan kurang menentu dalam saingan UEFA Champions League (UCL), apabila berkemungkinan akan tersingkir kelbih awal di peringkat kumpulan.
Namun dalam persaingan liga, kelab tersebut berada di kedudukan teratas untuk berkongsi mata bersama pencabar terdekat iaitu Real Madrid dengan masing-masing mengumpul 22 mata.
Untuk musim ini, skuad kendalian Xavi Hernandez itu telah diperkuatkan dengan beberapa pemain bintang baharu seperti Robert Lewandowski daripada Bayern Munich.
Lewandowski ketika ini konsisten cemerlang bersama kelab baharunya itu apabila telah menyumbang sembilan gol dalam persaingan La Liga.
Selain itu, dua lagi pemain yang sebelum ini beraksi dalam saingan English Premier League (EPL) turut ditandatangani oleh Barcelona awal musim ini iaitu Andreas Christensen serta Raphinha.
Robert Lewandowski 🇵🇱 pic.twitter.com/VdpYivJg35
— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 11, 2022
Di bahagian tengah, mereka diperkuatkan dengan bekas pemain AC Milan iaitu Franck Kessie dan melanjutkan kontrak baharu bersama Ousmane Dembele.
Menurut Sport Bible, pasukan tersebut kini mula menyasarkan pemain tengah baharu mereka untuk jendela perpindahan seterusnya dengan memberi tumpuan kepada pemain tengah Liverpool.
Pasukan itu dikatakan bakal membuat sedikit pelaburan untuk mendapatkan pemain baharu di posisi pertahanan kanan dan tengah dalam usaha untuk merebut kejuaraan La Liga.
Walaupun Barcelona telah membawa masuk bekas pertahanan Arsenal iaitu Hector Bellerin, kelab tersebut turut menyatakan rasa minat kepada bintang muda Manchester United iaitu Diogo Dalot.
Selain itu, mereka juga memantau beberapa pemain tengah berprofil tinggi seperti Youri Tielemans dan N’golo Kante.
Lebih mengejutkan, pemain tengah Liverpool iaiti Naby Keita turut berada dalam senarai pemain sasaran mereka untuk jendela perpindahan akan datang.
Pemain kebangsaan Guinea itu kini masih lagi menghadapi saat sukar dalam karier apabila terpaksa bergelut dengan situasi kecederaan dan stamina untuk mendapat posisi utama bersama Liverpool.
Namun, sekiranya pemain itu bebas daripada kecederaan dan berada dalam keadaan baik, kualiti dipamerkan beliau tidak pernah mengecewakan para penyokong.
Naby Keïta’s first goal for us ❤️ pic.twitter.com/YjFWHauwwq
— 🫠’ (@TheMaduekeEra) April 24, 2022
Bercakap kepada sidang media sebelum ini, Klopp menganggap Keita sebagai salah seorang pemain tengah terbaik pernah beliau bekerjasama.
Para penyokong The Reds ketika ini turut berharap agar Keita kembali bebas daripada kecederaan serta dalam keadaan baik untuk membantu pasukan yang kini agak tidak konsisten daripada segi prestasi.