Mampukah Sabah Calarkan Rekod Tanpa Kalah JDT Pada Hari Terakhir Liga?

Saingan Liga Super sudah sampai ke penghujung liga dan perlawanan terakhir yang akan berlangsung pada 15 Oktober ini sangat penting untuk beberapa pasukan bagi mencapai sasaran masing-masing.

Untuk juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam misi tersendiri bagi mengekalkan rekod tanpa kalah untuk kali kedua selepas melakukan pada tahun 2016.

Bagi kedudukan nombor dua sehingga empat liga, mereka dalam perlumbaan terakhir untuk merebut slot ke Piala AFC musim hadapan.

Sementara kedudukan kelima sehingga kesembilan, mereka inginkan kemenangan untuk memastikan laluan di Piala Malaysia lebih mudah.

Persoalannya, mampukah JDT mengekalkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri sebelum meraihkan kejuaraan sambil menonton bunga api?

Atau skuad Badak akan mencalarkan rekod tanpa kalah mereka di hadapan penyokong sendiri?

Untuk rekod, kali terakhir JDT tewas dalam persaingan liga di halaman sendiri adalah pada 25 April 2021 lalu.

Ketika itu, mereka tumpas di tangan Terengganu dengan keputusan 0-1 dan ia menjadi kekalahan kali terakhir buat pasukan tersebut serta tidak lagi digugat oleh mana-mana kelab sehingga kini.

Tugas sukar menanti skuad Datuk Ong Kim Swee kerana hanya kemenangan sahaja akan menjamin kedudukan nombor dua liga untuk mereka.

Mungkin di atas kertas, skuad kendalian Hector Bidoglio ini sukar untuk ditewaskan apatah lagi bermain di tempat mereka namun beberapa pasukan liga Malaysia telah membuktikan bahawa JDT boleh dikalahkan.

Sudah pasti dalam keadaan tertekan ini, ia akan memberi sedikit sebanyak kesan kepada moral para pemain.

Seperti kita tahu, dalam skuad Sabah majoriti adalah pemain berpengalaman dan pernah beraksi bersama Malaysia.

Mungkin ini dapat memberi sedikit kelebihan untuk menaikkan kembali moral pemain dan menangani tekanan itu selain dapat memberi tentangan sehingga minit terakhir permainan.

Harimau Selatan pula akan turun tanpa tekanan kerana kejuaraan sudah menjadi milik mereka dan perlawanan terakhir itu hanyalah pelengkap jadual untuk pasukan ini.

JDT boleh menjadi penyumbang mata kepada Sabah andai kata mereka tidak memikirkan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah kerana dalam pasukan Sabah juga ada beberapa pemain JDT yang dipinjamkan.

Desas desus sebelum ini ada menyatakan beberapa pemain JDT akan ‘disalurkan’ kepada pasukan Sabah dan mungkin atas faktor ini, keputusan perlawanan boleh berubah untuk melihat pasukan dari Borneo itu beraksi di pentas Piala AFC.

Jika sebelum ini, Sabah antara pasukan yang suka memberi harapan palsu sebelum melakukan kebangkitan di minit akhir permainan, JDT juga mempunyai semangat juang yang sama di mana mereka akan berjuang sehingga wisel penamat.

Pasukan yang kurang melakukan kesilapan dan bijak mengambil serta memanfaatkan peluang yang terhidang dalam bentuk jaringan, maka tiga mata akan menjadi milik mereka.

Pertemuan ini pasti akan menjadi menarik kerana pemain yang dipinjamkan boleh diturunkan dalam perlawanan terakhir ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN