Kedah Darul Aman (KDA) terus tampil dengan serba tidak menyakinkan menjelang penghujung saingan Liga Super 2022, apabila mereka terus mencatat kekalahan kali ketiga berturut-turut termasuk tewas di tangan Negeri Sembilan semalam.
Dalam aksi tertunda yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, jelas Negeri Sembilan tampil dengan lebih menyakinkan sejak awal perlawanan berlangsung untuk menekan KDA.
⚔ FULL TIME ⚔
Terus berjuang Sang Kenari!
NEGERI SEMBILAN FC 4 – 3 KDA FC
⚽ 25' Matheus Alves (NSE)
⚽ 45+3' Mahmoud Al-Mardi (KDA FC)
⚽ 58' 69' Gustavo (NSE)
⚽ 65' Sean Selvaraj (NSE)
⚽ 83' Sanrawat Dechmitr (KDA FC)
⚽ 90' Marc Vales (KDA FC) pic.twitter.com/oUP0KmydW8— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 8, 2022
Sementara KDA pula, mereka tampil dengan formasi yang sama digunakan ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengatasi kekuatan serangan Negeri Sembilan.
Namun segalanya tampak kurang menjadi buat Aidil Sharin Sahak selaku pengendali KDA, apabila mereka bolos dengan empat gol di tempat lawan dengan corak permainan yang agak lemah.
Walaupun ada siri kebangkitan cuba dibuat oleh KDA pada penghujung perlawanan termasuk dua gol diledak pada 10 minit terakhir permainan, mereka gagal untuk mengikat pasukan tuan rumah bagi membawa pulang satu mata sekurangnya di gelanggang lawan.
Ini ada tiga faktor utama mengapa KDA terus mencatat kekalahan dan gagal untuk mengutip sebarang mata di Paroi, semalam.
Pertahanan terlalu longgar
Walaupun KDA menurunkan lima pemain pertahanan sekali lagi pada perlawanan ini, nyata ia hanya berkisarkan kuantiti daripada kualiti.
Gol-gol yang dijaringkan oleh pasukan tuan rumah boleh dikatakan berpunca daripada persefahaman sesama pemain KDA sendiri yang gagal untuk bertindak dengan lebih baik.
70' GOL | Gustavo meledak sekali lagi untuk gol keempat Negeri Sembilan!@nsfc1923 4-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/UwMHKq9Gz3
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 8, 2022
Malah, aspek kesilapan individu juga menjadi faktor apabila pemain seperti Rodney Celvin antara kerap memberi ruang buat lawan untuk mengatasi termasuk kelemahan komunikasi beliau bersama penjaga gol.
Kelompongan di bahagian tengah
Negeri Sembilan pada asasnya bukan pasukan yang boleh menguasai dengan baik di bahagian tengah pada musim ini.
Namun KDA gagal untuk mengambil peluang tersebut untuk mendominasi sepenuhnya di posisi itu apabila banyak kelompongan pasukan pelawat mudah diatasi oleh Negeri Sembilan.
Gandingan antara Dechi Marcel bersama Sanrawat gagal untuk memberikan impak sepenuhnya di bahagian tengah apabila kedudukan antara sesama mereka agak jauh untuk memberi ruang buat tuan rumah menyusup masuk.
Kreativiti serangan mudah dibaca
KDA sekali lagi menggunakan sistem seorang penyerang pada perlawanan semalam dengan memberi tugas buat Ronald Ngah Wanja untuk mencari gol.
Dengan menurunkan pemain serangan lain di bahagian sayap untuk membantu beliau iaitu Mahmoud Al-Mardi dan Fayadh Zulkifli, tak banyak dapat dilakukan oleh KDA untuk menembusi pertahanan lawan semalam.
📸 AKSI PERLAWANAN – LS20
NEGERI SEMBILAN FC 4-3 KEDAH DARUL AMAN FC#LigaSuper2022 pic.twitter.com/6aL289mjYe
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 8, 2022
Fayadh boleh dikatakan hilang pada aksi semalam, apabila beliau gagal untuk mencipta kombinasi serangan lebih baik bersama rakan sepasukan lain biarpun ada satu bantuan gol disumbang oleh pemain itu.
Malah, disiplin pertahanan lawan yang diketuai oleh Mark Goulon berjaya meneutralkan segala bentuk ancaman KDA dengan baik terutama sekali gerakan cuba dibuat oleh Ronald Ngah.