Menerusi isu tragedi rusuhan yang berlaku pada Sabtu lalu di Stadium Kanjuruhan dengan melibatkan para penyokong bersama pihak polis, ia nyata menjadi salah satu detik hitam buat bola sepak di Indonesia.
Disebabkan kejadian tersebut yang dilihat sangat tragis disebabkan banyak mangsa terkorban selain kerosakan harta benda, ramai pemerhati bola sepak percaya hukuman berat bakal dikenakan terhadap bola sepak di sana.
Dari Sleman untuk Kanjuruhan.
Mendoakan mereka yang menjadi korban, dan memperjuangkan pengusutan tragedi kelam di Kanjuruhan. pic.twitter.com/dYX1XhHTqg
— PSS (@PSSleman) October 7, 2022
Menurut wakil Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Iwan Budianto, beliau percaya Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak akan memberi hukuman kepada mereka.
Jelas beliau, sepanjang komunikasi yang telah dibuat oleh PSSI bersama FIFA, organisasi tersebut tidak pernah menyoal mengenai isu hukuman.
Malah isu tersebut juga langsung tidak pernah dibangkitkan oleh FIFA ketika berhubung bersama Presiden Indonesia iaitu Jok Widodo (Jokowi) melainkan hal semasa selepas tragedi itu berlaku.
Tambah Iwan, PSSI tidak menunggu lama untuk terus menghubungi FIFA selepas tragedi rusuhan tersebut berlaku bagi memberi laporan mengenai kejadian itu secara lengkap.
Ketika mereka berhubung, Iwan menjelaskan wakil daripada FIFA telah meminta nombor telefon Jokowi sendiri untuk memberi ucapan takziah atas tragedi yang berlaku itu.
PSSI: FIFA Tak Pernah Bicara Sanksi Usai Tragedi Kanjuruhan https://t.co/zNWqyInroh
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) October 6, 2022
“Sehari selepas rusuhan besar itu berlaku, kami daripada PSSI tidak menunggu masa lama untuk terus menghubungi FIFA.
“Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino terus menghubungi Jokowi selepas itu untuk memberi ucapan takziah atas kejadian yang berlaku selepas beliau mendapat laporan daripada kami,” jelas Iwan menerusi CNN Indonesia.
Bercakap dengan lebih lanjut, Iwan juga menjelaskan pihak FIFA tidak pernah sehingga kini menyoalkan isu hukuman kepada PSSI, malah mereka juga sedia memberi pelbagai bantuan untuk mengurangkan sedikit beban di Indonesia.
“FIFA juga menjelaskan kepada kami mengenai beberapa tragedi rusuhan yang berlaku sebelum itu termasuk di Heysel, sebelum mereka kembali bangkit lebih maju.
“Infantino juga jelas memberi sokongan buat Indonesia untuk bantu memulihkan kembali keadaan serta tidak berbicara mengenai hukuman.
“Presiden FIFA itu juga berkata kepada kami mengenai diri beliau akan memberi sokongan dari segi kerjasama berpasukan serta ekonomi untuk memperbaiki kembali infrastruktuk di sekitar stadium,” ujar Iwan lagi.
PSSI: Tidak ada Sanksi FIFA soal Tragedi Kanjuruhan.
🗣 Iwan Budianto (Waketum PSSI):
"Beberapa tragedi besar di dunia menyebabkan sepakbola di negara tersebut jadi maju. Dan FIFA mendukung Indonesia untuk pulih dan tidak membicarakan sanksi sama sekali." pic.twitter.com/9m8W44EY1m
— Extra Time Indonesia (@idextratime) October 6, 2022
PSSI juga menjelaskan wakil FIFA dan AFC dijadualkan bakal tiba di Indonesia tidak lama lagi untuk memantau sendiri lokasi kejadian rusuhan tersebut.