Penyerang Import Arema FC Kongsi Kisah Cemas 4 Jam Terperangkap Di Stadium Kanjuruhan

Tragedi rusuhan yang membabitkan ramai penyokong bola sepak Sabtu lalu, setelah selesai perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya jelas menjadi perhatian dunia kini.

Selain ratusan nyawa yang melayang dan mengalami kecederaan parah, insiden yang berlaku itu juga menyebabkan banyak fasiliti di stadium berkenaan turut mengalami kerosakan teruk setelah dibakar oleh sekelompok penyokong.

https://twitter.com/72powpow/status/1576351828022767616?s=21&t=71-y5FZ_OXr35lZoSOV95Q

Salah seorang pemain Arema FC iaitu Abel Camara turut berkongsikan cerita mengenai pengalaman beliau sendiri yang terperangkap dalam insiden rusuhan tersebut.

Selain berkongsi mengenai segala kekacauan yang berlaku, beliau juga turut menceritakan sendiri bagaimana saat cemas dirinya melihat mayat bergelimpangan di depan mata.

“Ini adalah aksi Derbi yang sangat panas dan sensai mengenai perlawanan itu sudah mula terasa sejak seminggu lalu di seluruh kawasan setempat dan ini menceritakan aksi tersebut bukan suatu perkara normal buat saya.

“Rakan-rakan pemain juga sebelum itu turut berkata kepada saya mengenai sesuatu yang agak menggerunkan, iaitu mengenai hidup dan mati pada perlawanan tersebut.

“Jelas mereka, perlawanan ini mengenai soal hidup dan mati. Kami boleh kalah dalam mana-mana perlawanan, kecuali ketika menentang Persebaya,” jelas Abel Camara menerusi Bola.com.

Jelas Abel Camara, segalanya mula berlaku apabila beliau bersama rakan sepasukan lain cuba mendekati para penyokong di tepi padang selepas perlawanan.

Tujuan mereka melakukan perkara itu kerana ingin memohon maaf kepada para penyokong atas kekalahan dialami Arema FC kepada Persebaya Surabaya.

“Saya perasan situasi agak tegang dalam kalangan penyokong ketika itu. Jadi selepas wisel penamat dibunyikan, kami cuba menghampiri mereka untuk meminta maaf.

“Namun segalanya terpaksa dihentikan apabila ada beberapa orang penyokong mula bertindak untuk memanjat pagar pemisah dan kami diberi arahan untuk menyelamatkan diri di bilik persalinan,” terang penyerang kebangsaan Guinea-Bissau tersebut.

Penyerang berusia 32 tahun itu turut menceritakan pengalaman dirinya yang tak akan dilupakan bila-bila, setelah melihat sendiri ada mayat yang berada berhampiran dengan bilik persalinan ketika itu.

“Selepas itu, kami mula mendengar beberapa das bunyi tembakan diluar sana, dan melihat beberapa orang awam yang berlari tanpa tujuan di sekitar bilik persalinan setelah terkena gas pemedih mata.

“Lebih kurang tujuh atau lapan orang mangsa meninggal dunia di hadapan kami ketika itu dan ia merupakan pengalaman sangat ngeri buat diri ini,” tambah Abel Camara.

Menurut pemain berketinggian 1.86 meter itu, mereka juga terperangkap di bilik persalinan tersebut selama hampir empat jam sebelum keadaan kembali reda.

Ketika keluar dari kawasan stadium, Abel Camea menyatakan keadaan di luar sudah pun aman dan melihat pelbagai kerosakan di sekeliling termasuk darah yang melekat di merata-rata tempat.

“Ketika kami meninggalkan stadium, ada beberapa kenderaan awam terbakar dan termasuklah kereta polis di kawasan sekitar stadium.

“Namun kami berjaya sampai ke markas Arema dengan selamat untuk mendapatkan kenderaan masing-masing sebelum semuanya pulang ke rumah.

“Ketika ini, kami masing-masing berada di rumah dan terus menunggu arahan seterusnya daripada pihak pengurusan,” ujar beliau akhir sekali.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN