Berbaki sehari sebelum aksi final King’s Cup yang akan berlangsung di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, dengan membabitkan pertemuan antara Malaysia dan Tajikistan, pastinya debaran sangat dirasai penyokong bola sepak negara.
Perlawanan Seterusnya!
Final 48th King's Cup 2022 | Ahad, 25 September 2022
⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇹🇯 TAJIKISTAN
🕣 8:30pm (TH) 🕤 9:30pm (MY)🏟 Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/PTsd5aPLXh
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 22, 2022
Berdasarkan perlawanan pertama ketika menentang Thailand, jelas ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki oleh skuad tempatan dari segi kesebelasan utama serta corak permainan.
Rumusan aksi menentang Thailand
Pada aksi separuh masa pertama ketika menentang Thailand, barisan pemain negara berjaya beraksi dengan begitu baik untuk tidak membenarkan lawan daripada menguasai permainan.
Namun, keseimbangan tersebut mula goyah di separuh masa kedua apabila Malaysia lemas dengan intensiti tinggi dipamerkan oleh Thailand sehingga corak permainan skuad negara menjadi kucar kacir.
Pemain tumpuan pada malam tersebut yang dilihat serba tidak menjadi ialah Nor Azam Azih di separuh masa kedua, apabila beliau tenggelam di bahagian tengah bersama pasangannya Brendan Gan.
Keputusan Masa Penuh
48th King's Cup 2022 | Khamis, 22 September 2022
THAILAND 🇹🇭 1-1 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Pansa Hemviboon 90'+5
⚽️ La'Vere Corbin-Ong 32'▶️ Malaysia menang penentuan sepakan penalti 5-3 & layak ke final bertemu Tajikistan#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/ebwfuxWFsl
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 22, 2022
Azam yang tidak akan beraksi pada perlawanan akan datang kerana isu layangan kad merah pastinya akan digantikan oleh pemain lain di posisi tersebut untuk berdepan Tajikistan.
Nazmi Faiz Mansor pilihan utama
Jika dilihat, pemain tengah Johor Darul Ta’zim iaitu Nazmi Faiz Mansor mungkin menjadi pilihan utama Kim Pan-gon untuk aksi malam esok bagi menggantikan khidmat Azam Azih.
Nazmi yang memiliki corak permainan seakan sama seperti Azam jelas menjadi harapan terbaik buat Pan-gon untuk terus bergandingan bersama Gan yang menjalankan tugas dengan cemerlang ketika berdepan Thailand.
Selain Nazmi, pilihan lain yang dimiliki oleh Pan-gon ialah tonggak tengah Kuala Lumpur City iaitu Zhafri Yahya untuk mengisi posisi tersebut.
Namun pemain ini lebih dominan sebagai pemain sayap serangan serta peluang untuk Zhafri bermula dalam senarai kesebelasan utama mungkin tipis, kerana ini menjadi penampilan beliau bersama skuad negara.
Manakala, Mukhairi Ajmal dari Selangor mungkin mempunyai peratus lebih tinggi untuk dipilih Pan-gon berbanding Zhafri Yahya.
Pemain muda berbakat itu mempunyai segala yang diperlukan oleh pengendali dari Korea Selatan tersebut untuk beraksi dalam senarai kesebelasan utama.
Tambahan pula, keserasian antara Mukhairi dan Gan juga sudah terbukti apabila kedua pemain ini merupakan nadi utama buat Selangor musim 2022.
Adakah rombakan pemain lain diperlukan?
Berdasarkan 24 nama yang telah dibawa oleh Pan-gon ke Chiang Mai, setakat ini hanya lapan sahaja lagi pemain belum diberi peluang beraksi ketika aksi pertama.
Jika dinilai senarai kesebelasan utama lalu, rasanya Pan-gon tidak akan membuat sebarang rombakan besar kecuali memberi ruang untuk pemain tidak mendapat tempay sebelum itu sebagai persediaan untuk dibawa tukar pada separuh masa kedua.
Di bahagian pertahanan negara, rasanya tidak ada sebarang perubahan akan dibuat apabila gandingan Cools bersama Khuzaimi Piee serta kelibat Matthew Davies dan Corbin Ong berfungsi dengan baik.
Di bahagian tengah, Gan juga dilihat tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan posisinya kerana kekuatan fizikal kapten Selangor itu amat ditagih untuk menentang Tajikistan.
📸 Detik penentuan sepakan penalti di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, malam tadi menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya mengatasi tuan rumah, Thailand 5-3 untuk layak ke Final 48th King's Cup 2022 bertemu Tajikistan, Ahad ini!#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/8lVfoIYXR7
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 23, 2022
Posisi Azam Azih dijangka bakal diisi oleh Nazmi Faiz Mansor atas kelebihan dari segi pengalaman pemain tersebut berbanding Mukhairi Ajmal.
Rangkaian serangan pula menyaksikan Faisal Halim, Darren Lok, Safawi Rasid, serta Arif Aiman berada dalam prestasi terbaik pada perlawanan lalu dan dijangka Pan-gon tidak akan membuat sebarang perubahan.
Paling jelas, kedudukan Syihan Hazmi kemungkinan besar tidak akan digugat langsung pada aksi final ini kerana beliau menjadi watak penting ketika aksi menentang Thailand pada Khamis lalu.