Bekas Pengendali West Ham United ‘Meremang’ Dengar Sorakan Penyokong Persib Bandung

Pembantu jurulatih Persib Bandung, Manuel Perez Cascallana jelas mendapat suatu pengalaman baharu yang pastinya akan dikenang bila-bila setelah merasai sendiri suatu suasana hebat sepanjang bersama kelab tersebut.

Menurut Manuel Perez, beliau merasa kagum dengan semangat yang ada pada para penyokong Persib yang dianggap sangat luar biasa dalam memberi sokongan buat pasukan.

Para penyokong tersebut yang digelar sebagai Bobotoh dilihat sangat bersemangat ketika memberi sorakkan buat pemain terutama sekali ketika aksi Persib menentang Barito Putera baru-baru ini.

Ketika perlawanan tersebut berlangsung, Bobotoh tidak henti-henti memberi sorakkan semangat buat pasukan dan Manuel Perez sendiri mendekati mereka selepas aksi tamat.

Bekas pengendali skuad pembangunan West Ham itu juga nyata kini tidak sabar untuk menunggu aksi seterusnya menentang Persija Jakarta di Stadium Gelora Bandung Lautan Api, Bandung, pada awal bulan depan setelah merasai pengalaman hebat tersebut.

“Pada pendapat saya, ini sesuatu yang sangat luar biasa dan kini saya tidak sabar untuk perlawanan seterusnya menentang Persija Jakarta.

“Sudah pasti kami sangat memerlukan sokongan ramai terutama sekali daripada Bobotoh dan kami berharap stadium dapat dipenuhi dengan sorakkan mereka,” jelas beliau menerusi Bola.com.

Pengendali yang berasal dari Barcelona itu memulakan khidmatnya bersama Persib Bandung pada awal September lalu dalam misi untuk memperkuatkan kembali pasukan bersama ketua jurulatih, Luis Milla.

Sebelum pengendali tersebut tiba di Indonesia, Manuel Perez mengakui dirinya sudah banyak mendengar perkara positif mengenai Persib Bandung sebagai salah satu gergasi di Indonesia.

“Pasukan ini merupakan salah satu kelab gergasi di Indonesia. Saya masih baru di sini, tetapi banyak perkara baik yang saya dengar mengenai Persib Bandung ketika bergelar jurulatih di India sebelum itu.

“Setibanya di sini, ya kebenaran cerita tersebut sangat tepat. Persib merupakan pasukan yang sangat hebat dan saya sangat selesa bertugas di sini,” tambah Manuel Perez.

Walaupun begitu, ia bukanlah pertama kali untuk Manuel Perez merasai suasana penyokong yang begitu bersemangat tersebut kerana beliau pernah merasainya ketika bersama ATK Mohun Bagan di India.

Namun, jelas beliau yang mempunyai lesen kejurulatihan UEFA Pro ini masih lagi kagum dengan semangat ditampilkan oleh Bobotoh untuk menaikkan semangat pemain Persib.

“Di sini sangat berbeza, boleh dikatakan semuanya sangat mencintai sukan bola sepak, dan ya saya sangat suka,” kata pengendali muda tersebut dengan bersemangat.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN