Falsafah Johan Cryuff Jadi Inspirasi Setiawangsa Rangers Fokus Pembangunan Akar Umbi Di Peringkat Komuniti

Setiawangsa Rangers Johan Cryuff

Legenda bola sepak dunia, Johan Cryuff pernah berkata, “Bola sepak seharusnya menyeronokkan buat kanak-kanak atau ia tidak masuk akal.”

Falsafah ini menjadi asas kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan pembangunan peringkat akar umbi bahawa pentingnya utuk memastikan golongan kanak-kanak dan remaja dapat melihat bola sepak sebagai sukan atau hobi yang memberi keseronokan.

Mengambil tanggungjawab itu,  Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers telah ditubuhkan pada Ogos 2018 bagi memberi peluang kepada warga Setiawangsa, Kuala Lumpur untuk bersama membina sebuah komuniti bola sepak.

Dalam tempoh empat tahun, kelab ini telah pun berjaya menganjurkan beberapa kejohanan, karnival sukan, latihan dan klinik bola sepak ersama kanak-kanak di kawasan sekitar.

Dengan pengurusan yang konsisten dan tadbir urus yang tersusun, tahun ini kelab ‘kerdil’ berhasil meyakikan beberapa syarikat untuk menjadi penaja  seperti SLAE Cosmetics, Aeon Big, CRSC Group, ST Rosyam Mart, KitaSetiawangsa, QR Apparel, 8055 Specialty Coffee dan Keramat Tea.

Pada 18 September 2022 bertempat di Aeon Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur, telah diadakan Majlis Pelancaran Jersi Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers.

Khushairi Aizad Jamalludin selaku presiden kelab dalam ucapannya melahirkan penghargaan buat para penaja dan berharap pihaknya mampu menarik minat lebih banyak penaja untuk memberi sokongan bagi menjayakan program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

Majlis turut dihadiri oleh Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa merangkap Penaung Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers serta Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan Aeon Big Sdn Bhd.

“Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers terus konsisten untuk menganjurkan program pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi dan kita melihat untuk mengadakan kerjasama dengan lebih banyak dengan sektor korporat untuk bersama dengan pasukan ini” ujar Nik Nazmi.

Bagi Sheikh Farouk pula, beliau mengakui visi dan misi yang jelas dimiliki oleh Setiawangsa Rangers menjadi faktor utama kepada kesudian pihaknya untuk bekerjasama membangunkan komuniti di kawasan setiawangsa.

Setiawangsa Rangers kini mempunyai seramai 150 pemain yang terdiri daripada kategori kanak-kanak, remaja, pasukan bola sepak lelaki dan wanita serta skuad futsal lelaki dan wanita.

Kelab ini sedang bermain dalam Liga Suparimau, Milo Junior Champion League, Liga Bolasepak Kuala Lumpur dan akan menyertai Liga Bolasepak Wanita Kuala Lumpur pada bulan Disember nanti.

Untuk terus mengukuhkan lagi ilmu pengurusan bola sepak akar umbi, wakil Setiawangsa Rangers akan menghadiri Cruyff Legacy Summit di Amsterdam pada 21hb September 2022.

Dalam sidang kemuncak ini, semua delegasi akan membincangkan hala tuju yang memfokuskan tentang topik generasi baharu dalam sukan bola sepak seperti kepimpinan, prestasi pasukan, model ikutan, pembangunan atlet serta inklusiviti.

Ia akan disusuli dengan lawatan rasmi ke kelab bola sepak Queens Park Rangers di London pada 27 September 2022.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN