Adakah Natxo Insa Sudah Tiada Hati Nak Wakili Harimau Malaya?

Natxo Insa

Setiap kali senarai pemain di keluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tugasan bersama skuad kebangsaan, pasti ia akan menjadi tanda tanya buat penyokong kerana pemain utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa tiada dalam senarai tersebut.

Bukan sekali tetapi berulang kali perkara ini terjadi sehingga timbul spekulasi pemain ini seperti sudah tiada jiwa untuk bermain bersama Malaysia atau ada seseorang yang tidak membenarkan dirinya menyertai Harimau Malaya?

Jika melihat prestasi Natxo bersama JDT terutama ketika aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang begitu cemerlang, tiada sebab kenapa ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon tidak menyenaraikan pemain ini.

Malah pemain naturalisasi ini adalah antara tonggak utama jentera tengah JDT kerana peranan yang dimainkan oleh beliau sangat penting dalam memastikan kemenangan pasukan.

Namun begitu, pemain Harimau Selatan ini sering terlepas ke kem kebangsaan menyebabkan ramai peminat kecewa untuk melihat aksi beliau di pentas antarabangsa bersama Harimau Malaya.

Setiap kali pemain perlu menyertai kejohanan atau perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa, maka pemain ini secara tidak langsung sering dihimpit dengan masalah kecederaan dan ia menjadi alasan utama kenapa dirinya tidak menyahut panggilan.

Seminggu sebelum nama pemain dikeluarkan oleh FAM, Natxo masih lagi bermain ketika menentang Selangor dan selepas itu nama beliau tiada dalam pasukan ketika menentang PJ City.

Adakah ia seperti dirancang agar terlepas ke pusat latihan kebangsaan atau memang benar-benar mengalami kecederaan?

Kali terakhir Natxo bermain untuk Malaysia adalah pada tahun 2018 di bawah kendalian Tan Cheng Hoe ketika menentang Mongolia mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan persahabatan.

Itulah kelibat kali pertama dan kali terakhir beliau bersama skuad kebangsaan.

Peminat setia masih mengharapkan pemain ini akan menyarung jersi keramat Harimau Malaya dalam kejonanan kompetitif kerana kita percaya kehadiran beliau akan menguatkan lagi skuad kebangsaan.

Biar pun usia beliau telah memasuki angka 36 tahun, namun dengan prestasi dan peranan beliau di bahagian tengah cukup cemerlang sehingga ia menjadi kesukaran pemain lawan dalam mengatur seranggan terutama di kawasan terakhir sebelum melakukan percubaan gol.

Natxo banyak membantu bahagian bawah dalam menghalang serta mematikan serangan lawan telah menyelamatkan banyak situasi bahaya ketika JDT diserang.

Disebabkan itu ia sedikit mengecewakan apabila pemain yang berada di prestasi terbaik namun tidak dapat membantu pasukan kebangsaan apabila diperlukan.

Kita mengharapkan agar Natxo Insa tidak mengalami kecederaan lagi selepas ini kerana tahun hadapan Malaysia akan bermain di pusingan akhir Piala Asia dan sudah tentu cabaran lebih getir menanti skuad Pan-gon.

Dengan pengalaman yang ada, kita pasti Natxo mampu memberi sesuatu yang positif buat barisan tengah kebangsaan untuk mencatat keputusan lebih positif.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN