Petaling Jaya City (PJ City) jelas antara pasukan paling gembira ketika ini setelah kejayaan mereka untuk mengikat calon juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan semalam di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Full-time score:
PJ City FC 2-2 Johor Darul Ta'zim FC
48' Bergson (P)(JDT)
73' Darren Lok
86' Akhyar (JDT)
90+2' Kogileswaran
#YakiniLokal #ThePhoenix #QNET pic.twitter.com/3S75qLanVd— PJ City FC (@pjcityfc) September 15, 2022
Setelah mereka tumpas pada pusingan pertama dalam aksi liga di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebelum itu, nyata P. Maniam tampak lebih bersedia untuk menghadapi cabaran pelawat dengan lebih positif pada saingan semalam.
Dua kali siri kebangkitan dibuat pasukan tuan rumah semalam jelas membuktikan tanpa kehadiran pemain import, PJ City masih mampu untuk memberi saingan sengit buat mana-mana lawan termasuk JDT menerusi aksi berkualiti dipersembahkan.
📹 HIGHLIGHTS: @pjcityfc 2-2 @OfficialJohor
PJ City bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk mengikat JDT. Bergson da Silva dan Akhyar Rashid menjaringkan gol JDT, manakala Darren Lok dan Kogileswaran Raj meledak untuk PJ City.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/PgGetJIS8N
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 15, 2022
Pengendali PJ City, P. Maniam jelas berpuas hati dengan keputusan perlawanan semalam serta memuji kesungguhan para pemain ketika berdepan lawan.
Walaupun begitu, beliau tetap tidak menafikan kualiti permainan serta para pemain lawan yang dilihat mendominasi perlawanan dengan begitu baik sekali di MBPJ.
“Saya rasa mereka mendominasi perlawanan dengan sangat baik, mereka mencipta banyak peluang ke arah gawang gol kami, tetapi pemain kami berjaya beraksi dengan begitu berdisiplin.
“Kami bermain dengan cara memadatkan ruang serta tidak membenarkan mereka terlalu banyak mencipta peluang gol.
“Tambahan lagi pada awal 45 minit permainan, kami berjaya mengekang lawan daripada menjaringkan sebarang gol.
“Selepas separuh masa pertama kami melepaskan gol penalti dan ia jelas hasil kesilapan dibuat kami sendiri. Selepas beberapa pertukaran dibuat, kami mula lebih agresif untuk mencipta peluang gol,” jelas pengendali tersebut.
Pada masa sama, beliau juga sempat memuji penyerang gantian JDT iaitu Akhyar Rashid apabila disifatkan sebagai pemain yang sangat bagus.
86' GOL | Akhyar Abdul Rashid meletakkan JDT di hadapan!@pjcityfc 1-2 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/VNIQ9IwkNR
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 15, 2022
“Lima minit terakhir sebelum perlawanan berakhir, kami sekali melepaskan gol untuk pasukan lawan. Akhyar jelas merupakan pemain yang sangat bagus menerusi jaringan diledak beliau,” tambah Maniam.
Secara keseluruhan, bekas pengendali Selangor itu bangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pasukan, selain memuji komitmen para pemain sepanjang perlawanan.
90+1' GOL | PJ City FC menyamakan kedudukan sekali lagi, menerusi Kogileswaran Raj!@pjcityfc 2-2 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/2IHoBg5Boh
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 15, 2022
Tambah Maniam, beliau jelas melihat pemain beraksi dengan karakter yang bagus serta bersemangat dan itu yang sentiasa diterapkan kepada pemain untuk sentiasa bermain dalam satu pasukan.