Kedah Darul Aman (KDA) terus mempamerkan aksi konsisten mereka dalam saingan Liga Super 2022 ketika ini dengan merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut, setelah terbaharu mereka berjaya menewaskan Selangor.
Kemenangan 3-1 di Stadium Darul Aman semalam menyaksikan KDA kini kembali merampas kedudukan kelima dalam carta liga untuk memintas Kuala Lumpur City (KL City).
⚔ FULL TIME ⚔
This is Darul Aman! 🔥
FT | KDA FC 3 – 1 SELANGOR FC
⚽ 23' Ronald Ngah Wanja
⚽ 30' Marc Vales
⚽ 90+3' Fayadh Zulkifli⚽ 33' Caion#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #ligasuper2022 #KDASEL pic.twitter.com/4ZECiwkKwO
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 14, 2022
Pengendali KDA, Aidil Sharin Sahak pastinya sangat lega dengan keputusan tersebut setelah empat perlawanan dilalui mereka ketika ini menyaksikan pasukan tersebut masih lagi belum tewas.
Selangor pula terpaksa menelan keputusan pahit tersebut di gelanggang lawan, walaupun sebelum itu pasukan tersebut cemerlang mencatat kemenangan mengatasi Sabah di Likas.
Berikut merupakan faktor kejayaan KDA yang cemerlang menewaskan pasukan pelawat di laman sendiri untuk terus mengutip tiga mata sepanjang tiga perlawanan berturut-turut.
Kelicikan Al-Mardi
Penyerang dari Jordan ini berjaya mempamerkan aksi konsisten untuk terus menggembirakan para penyokong Sang Kenari menerusi corak permainan sangat berkualiti dipamerkan.
Walaupun Al-Mardi tidak meledak sebarang gol pada perlawanan semalam, beliau berjaya mencetuskan dua bantuan jaringan but rakan sepasukan serta banyak menghidupam jentera serangan KDA.
90+5' GOL | Fayadh Zulkifli Amin menyumbang gol ketiga Kedah Darul Aman FC pada lewat perlawanan!@kda_fc 3-1 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/jGpfzi1d7l
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 14, 2022
Kelebihan dari segi kualiti hantaran beliau jelas amat membantu pasukan tersebut selain faktor kerajinan Al-Mardi yang sentiasa bergerak untuk membuka ruang buat pemain lain mencipta sesuatu.
Umpanan berkualiti beliau pada minit akhir perlawanan kepada Faydh Zulkifli pastinya akan terus membuatkan para penyokong berharap agar Al-Mardi dapat terus dikekalkan pada musim hadapan.
Pertahanan Selangor longlai
Kerapuhan benteng pertahanan Selangor jelas dapat dilihat sepanjang perlawanan berlangsung semalam, apabila banyak ancaman-ancaman berbahaya yang berjaya dicipta oleh pasukan tuan rumah.
Gandingan antara Zikri Khalili, Richmond Tetteh Ankrah dan Sharul Nazeem jelas bermasalah sepanjang perlawanan berlangsung untuk mengawal dengan lebih ketat barisan serangan KDA yang serba lincah.
30' GOL | Marc Vales menggandakan kelebihan tuan rumah dengan gol pertamanya untuk Kedah!@kda_fc 2-0 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/GdD0uVjnaE
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 14, 2022
Ada beberapa situasi, mereka dilihat lambat untuk turun ke bawah setelah pasukan tuan rumah melancarkan serangan balas pantas, yang memaksa Sam Somerville selaku penjaga gol Selangor untuk keluar dan menyelamatkan keadaan.
Selangor tumpul di bahagian serangan
Pasukan pelawat wajar menyalahkan diri mereka sendiri yang kerap melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan gol serta mengubah kembali keadaan.
Pemain serangan mereka, Herlison Caion jelas tenggelam pada perlawanan tersebut selepas menjaringkan gol di separuh masa pertama untuk merapatkan jurang kedudukan semasa.
33' GOL | Hantaran Hein Htet Aung disudahkan oleh Caion untuk gol pertama Selangor!@kda_fc 2-1 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/ONf3OVPVwR
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 14, 2022
Selain itu, mereka juga gemar untuk bergerak secara individu dalam situasi serangan dan terlalu mudah kebilangan bola setelah ditekan oleh pertahanan KDA.