Selepas kembali meraih tiga mata penuh dalam aksi Liga Super baru-baru ini ketika menentang Penang dengan keputusan 1-0 di laman sendiri, Kedah Darul Aman (KDA) kini pastinya terus bersemangat untuk memburu kejayaan seterusnya pula.
Aksi malam ini pastinya ditagih oleh para penyokong KDA agar pasukan tersebut mampu untuk terus mencatat kemenangan ketika menentang Melaka United supaya posisi kedudukan liga dapat terus diperbaiki.
⚔️ MATCHDAY ⚔
🏆 Liga Super 2022
🆚 Melaka United FC
📆 9 September 2022, Jumaat
🕖 8.15 pm
🏟️ Stadium Hang Jebat, Melaka.🎥 LIVE di Youtube Unifi, UnifiTV, TV9#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #LS18 #MLUKDA pic.twitter.com/CsOnQb92rH
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 9, 2022
KDA ketika ini pastinya bakal menggunakan kelebihan mereka dari segi peningkatan motivasi untuk terus meraih kemenangan ke atas Melaka United biarpun beraksi di tempat lawan.
Ditambah tonggak import mereka iaitu Dechi Marcel juga dilihat sudah pun pulih daripada kecederaan dan itu pastinya memberi ruang untuk Aidil Sharin Sahak terus mencorakkan sesuatu pada malam ini.
Pengendali dari Singapura itu jelas menuntut para pemain agar meneruskan momentum kemenangan mereka agar tiga mata mampu terus digenggam di Stadium Hang Jebat, malam ini.
Rekod kekalahan 3-2 pada aksi pusingan pertama Liga Super sebelum itu pastinya menjadi suatu pengajaran berguna buat jurulatih ini untuk menyediakan taktikal lebih baik bagi menghadapi cabaran anak-anak buah Asri Ninggal.
Menurut Aidil Sharin, aksi kemenangan 1-0 pada minggu lalu sewaktu berdepan Penang akan menjadi bekalan semangat buat mereka untuk memastikan KDA kembali berada di kedudukan lima terbaik musim ini dalam saingan Liga Super.
“Pemain perlu meneruskan momentum kemenangan ini selepas beraksi gigih menentang Penang FC ketika semangat kebangkitan berjaya ditunjukkan dalam pasukan.
“Saya kira pemain telah mendapat suntikan motivasi selepas kembali mengutip tiga mata yang disasarkan pada perlawanan lalu.
“Komitmen baik yang telah ditunjukkan pada perlawanan lalu mampu menjadi pendorong agar kebangkitan ini dapat diteruskan apabila menentang skuad Melaka,” katanya menerusi Berita Harian.
Pada masa sama, pengendali berpengalaman itu juga mengingatkan agar para barisan pemain beliau tidak sesekali leka atau lalai dengan tiga mata diperoleh minggu lalu.
Final check, all in order and tomorrow is the time!#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #LS18 #MLUKDA pic.twitter.com/Liy1weGzDF
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 8, 2022
Sebaliknya, beliau menasihatkan agar mereka terus memperbaiki segala kelemahan yang ada agar mampu untuk menghadapi cabaran lawan pada malam ini.
Menerusi kedudukan semasa, KDA kini berada di tangga ketujuh carta Liga Super dengan 21 mata berjaya dikumpul pasukan tersebut setakat ini.