Bagaimana Seorang Pengurus Man United Boleh Naikkan Saham Kelab Di Bursa?

Pengurus Manchester United

Kelab bola sepak juga merupakan entiti perniagaan dimana mereka perlu menjana pendapatan dan menguruskan seperti mana syarikat lain di luar sana.

Namun, tidak seperti industri lain, pasaran bola sepak lebih kepada minat sesebuah komuniti besar dan jenama mereka.

Ada beberapa kelab bola sepak lain juga turut tersenarai dalam pasaran saham.

Tujuan utama tentunya meraih dana dari pasaran saham dan membuka peluang kepada peminat untuk menjadi sebahagian dari pemilikan kelab bola sepak tersebut.

Sebagai contoh, Borussia Dortmund di Jerman, Manchester United dan Arsenal di England serta Juventus di Itali.

Kelab bola sepak biasanya menjana keuntungan dengan beberapa cara:

  1. Hak penyiaran
  2. Penajaan
  3. Jualan pas bermusim
  4. Barangan rasmi kelab
  5. Peprindahan pemain
  6. Perkara berkaitan kripto seperti NFT dan lain-lain

Harus diketahui juga, saham di pasaran modal boleh dispekulasi seperti mana dilaporkan oleh CNBC baru-baru ini, Elon Musk telah menciap di Twitter mengenai minat beliau membeli United pada masa yang sama dikesan di DOM Option sudah ada block order yang besar pada harga $10 (RM45).

Selain itu, seorang pengkaji bernama Christos Floros telah membentangkan kertas kajian yang mengkaji hubungan antara prestasi kelab bola sepak di Eropah dengan harga saham pasukan tersebut.

Kajian dilakukan menggunakan model AR(1)-TGARCH sambungan kajian dari ahli akademik sebelumnya iaitu Edmans, 2007; Kliens, 2009 & Ashton 2011.

Kajian tersebut mendapati kemenangan kelab membawa impak positif kepada nilai saham manakala jika seri atau kalah, nilai saham akan cenderung untuk mengalami penurunan.

Walaubagaimanapun, artikel ini berkisar tentang United sebuah kelab bola sepak yang penuh dengan kegemilangan.

Menurut rekod, kelab yang terkenal dengan Class of ’92 ini telah diapungkan semula di pasaran saham pada 10 Ogos 2012 pada harga $14 (RM63) bermaksud mereka sudah berada di pasaran saham sekitar 10 tahun.

Berikut adalah senarai pengurus United serta harga akhir ketika mereka meninggalkan kelab dan sama ada untung atau rugi:

  • Sir Alex Ferguson (19.34 – harga akhir) (38.1 dapatan)
  • David Moyes (17.9 – harga akhir) (27.85 dapatan)
  • Louis van Gaal (20 – harga akhir) (42.85 dapatan)
  • Jose Mourinho (27.7 – harga akhir) (92.85 dapatan)
  • Ole Gunnar Solskjaer (21.92 – harga akhir) (56.5 dapatan)
  • Ralf Rangnick (14.73 – harga akhir) (5.21 dapatan)
  • Erik ten Hag (17.20 – harga akhir) (22.8% dapatan)

Berdasarkan fakta di atas, bayangkan anda seorang pemegang saham United sejak IPO 12 tahun lalu, potensi anda melipatgandakan nilai pelaburan pada zaman Mourinho hampir mencecah 200%.

Selepas fasa Ole-Ragnick, trend menjunam lebih dominan jika anda memegang saham United pada harga $14, anda sedang mengalami kerugian sekitar 7%. Manakala jika anda masih pegang saham Man United, kini anda memperoleh untung 22.8%

Sudah tentu para pelabur mahukan keuntungan dari pelaburan mereka. Bertebaran kabar angin tahun lalu apabila Sheikh Jassim dari Qatar membuat bidaan yang serius untuk membeli ManUtd malangnya tidak berjaya.

Sedikit trivia Man United bawah kendalian ETH, Man United berjaya memenangi beberapa piala pada musim ini. Status kontrak beliau pun masih belum diketahui walaupun ada desas desus yang mengatakan ETH mungkin tidak bersama lagi dengan skuad Man United musim hadapan.

Tidak dinafikan United mempunyai paras kewangan yang sihat tetapi jika dilihat dengan teliti, angka free cash flow United sedang menurun secara perlahan.

Justeru, pelabur percaya United memerlukan peningkatan dari segi prestasi kelab supaya nilai saham mereka boleh melantun ke paras yang lebih baik.

Jika prestasi kelab bagus, pasti beroleh keuntungan dari segi capital gain dan juga dividen.

Namun diingatkan, setiap pelaburan ada risikonya tersendiri. Artikel ini ditulis bukan untuk nasihat kewangan tetapi kupasan prestasi United sahaja.

Nota editor: Artikel ini merupakan kiriman oleh Faiz Azizan. Jika anda ingin menghantar penulisan kepada kami, hantarkan artikel mininum 300 patah perkataan dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN