Nafuzi Akui ‘Pening’ Tentu Barisan Utama Pemain Import

Menjelang aksi final Piala FA 2022 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, kedua pasukan terlibat iaitu Terengganu serta Johor Darul Ta’zim (JDT), pastinya sibuk mempersiapkan diri masing-masing untuk merebut kejuaraan tersebut.

Malah, kedua pasukan ini juga dilihat mempunyai banyak pilihan pemain tempatan serta import untuk ditentukan dalam senarai utama beraksi, apabila masing-masing turut mempunyai kelab ‘feeder’ dalam saingan Liga Premier.

Menurut Nafuzi Zain selaku pengendali utama Terengganu, setakat ini beliau mengaku sudah mempunyai bayangan untuk barisan utama pemain pilihannnya pada aksi final ini.

Setakat ini, pengendali muda tersebut mengakui barisan pemain berada dalam momentum terbaik untuk menggalas tugas besar tersebut bagi berdepan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Sabtu ini.

Walaupun begitu, Nafuzi menyatakan ketika ini diri beliau sedikit pening untuk menentukan senarai pemain untuk dibawa turun beraksi setelah komitmen tinggi dipamerkan mereka pada sesi latihan.

Jelas pengendali kelahiran Kelantan itu, biarpun masih buntu untuk menentukan senarai utama pemain setakat ini, Nafuzi menganggap perkara tersebut sebagai suatu kelebihan buat dirinya.

“Berbaki tiga hari sahaja lagi sebelum sepak mula final Piala FA, persiapan pasukan berjalan dengan baik dan semua pemain pun bebas daripada sebarang kecederaan, kini mereka begitu fokus untuk mengharungi aksi mendebarkan itu.

“Malah bayangan kesebelasan utama pun sudah ada kerana tidak banyak perubahan yang bakal dilakukan, cuma berkaitan pemain import, kita belum lagi membuat keputusan siapa yang bakal diturunkan.

“Lagipun saya masih lagi melihat kombinasi yang bersesuaian ketika sesi latihan untuk bertemu JDT, jadi sejujurnya pemilihan pemain kesebelasan utama bagi saya adalah keputusan yang berat untuk dibuat lebih-lebih lagi semua beraksi dengan baik.

“Tapi saya terpaksa melakukan yang terbaik demi pasukan dalam misi merangkul trofi itu selepas 11 tahun menanti,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi menerusi Berita Harian.

Pada masa sama, Nafuzi juga sempat mengulas mengenai keadaan penjaga gol muda berbakat Terengganu iaitu Rahadiazli Rahalim yang mengalami kecederaan beberapa hari lalu.

Jelas Nafuzi, dirinya merasa amat syukur ketika ini setelah Rahadiazli dilihat sudah pun beransur sembuh dan kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan lain.

“Syukur dia (Rahadiazli) kembali menjalani latihan, ini sesuatu yang baik buat pasukan, saya harap pemain itu kembali pulih sepenuhnya sebelum sepak mula pada Sabtu ini,” katanya yang menuntut pemainnya beraksi bersungguh-sungguh untuk melakar sejarah.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN