Kuala Lumpur City (KL City) terus memberi kejutan musim ini dalam saingan Asian Piala AFC peringkat separuh akhir antara zon, apabila mereka menewaskan wakil dari India iaitu ATK Mohun Bagan dengan keputusan 3-1.
Walaupun lawan dilihat mempunyai sedikit kelebihan dengan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Salt Lake, KL City jelas tidak menghadapi begitu banyak kesukaran untuk mengatasi mereka.
Tiga jaringan yang terhasil menerusi kapten pasukan iaitu Paulo Josue, Fakrul Aiman Sidid, serta Romel Morales berjaya membantu skuad kendalian Bojak Hodak itu meraih kejayaan di tempat lawan.
⏰ FT | 🇮🇳 @atkmohunbaganfc 1-3 @KLCityFootball 🇲🇾
The debutants are through to the inter-zone final after a dream run on the continental stage defeating the Mariners on home turf 🙌🏽#AFCCup2022 | #AMBvKLC pic.twitter.com/WCtLCcGCJS
— #AFCCup (@AFCCup) September 7, 2022
Lawan yang lebih banyak mendominasi perlawanan jelas hampa apabila banyak peluang dipersiakan untuk mencatat gol, dengan hanya satu jaringan terhasil pada penghujung masa sebenar menerusi pemain serangan mereka iaitu Mohammad Fardin Ali Molla.
Paulo Josue kunci kemenangan
Kemenangan semalam jelas terarah kepada kapten KL City iaitu Paulo Josue yang beraksi dengan sangat cemerlang sepanjang permainan berlangsung.
Satu gol serta satu bantuan jaringan telah dicatat oleh pemain tengah dari Brazil ini sepanjang perlawanan untuk menjadikan Josue sebagai sumber utama serangan buat KL City.
Sejarah demi sejarah, dicipta kelab yang berjiwa besar ini!🔴⚪️
Kemenangan 3-1 di tempat lawan. Gol-gol saat akhir menjadi saksi kegemilangan skuad kendalian Bojan Hodak ini. pic.twitter.com/w6H8GxfkaD
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 7, 2022
Selaku jeneral utama buat pasukan, Josue melakukan tugas beliau dengan baik untun mengawal tempo permainan KL City dan tenang mencari peluang membina serangan.
Ketepatan hantaran serta visi beliau yang sangat baik menjadikan KL City berjaya memperoleh tiga jaringan untuk memadam hasrat tuan rumah mara ke peringkat lebih jauh.
Ketangkasan Azri Ghani
Di sebalik kejayaan barisan pemain serangan mencipta jaringan, kelibat Azri Ghani juga tidak kurang hebatnya di gawang gol KL City pada perlawanan tersebut menerusi kecekapan beliau permainan berlangsung.
Azri Ghani terus mempamerkan karakter beliau selaku penjaga gol masa depan negara menerusi ketangkasan beliau untuk menepis banyak percubaan tuan rumah sepanjang 90 minit perlawanan.
Malah, pemain muda ini tidak segan silu untuk melaungkan arahan buat pertahanan supaya tidak mudah benteng KL City daripada dibocori oleh pasukan lawan.
Meskipun pada musim ini Azri Ghani lebih banyak dibayangi kelibat Kevin Ray Mendoza, pemain ini tetap konsisten memberi aksi yang terbaik buat pasukan.
Kreativiti serangan lawan mudah dibaca
Walaupun ATK Mohun Bagan lebih banyak menguasai permainan, corak serangan pasukan tersebut begitu mudah dibaca oleh pelawat sepanjang permainan.
Malah, Azri Ghani sendiri dapat mematikan ancaman lawan dengan lebih awal untuk keluar menangkap atau mengeluarkan bola setelah dapat membaca arah hantaran tuan rumah.
A tough loss at the VYBK as we bow out of AFC Cup. #ATKMohunBagan #JoyMohunBagan #AmraSobujMaroon #MarinersInAsia pic.twitter.com/B8BLVmbwaP
— Mohun Bagan Super Giant (@mohunbagansg) September 7, 2022
Pertahanan KL City juga tidak bermasalah untuk meneutralkan tekanan daripada tuan rumah dan kekal berdisiplin menyerap serangan mereka dengan baik.