Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Sanusi Md Nor telah mencuri tumpuan apabila menyarung jersi selain pasukan Kedah.
Dalam sebuah rakaman di akaun TikTok rasminya, Sanusi dilihat telah menyarung jersi Terengganu yang berbelang hitam dan putih.
Rakaman tersebut menyaksikan yang Sanusi yang sedang berpakaian formal cuba untuk menyarung jersi Terengganu.
Walaupun mengalami sedikit kesukaran untuk menyarungnya, Sanusi berjaya berbuat demikian lalu mengelap dahinya tanda sukarnya untuk memakai jersi tersebut.
“kasi panassss,” tulis Sanusi di TikToknya.
@sanusimdnor Kasi panassss🤣#mbkedah
Tindakan Sanusi ini menimbulkan spekulasi sama ada adakah beliau secara halus menzahirkan sokongan terhadap Terengganu menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Perbuatan Sanusi itu mendapat perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Sokong TFC ye final nanti,” tulis Samsuri kepada Sanusi.
Umum mengetahui yang Sanusi sebelum ini mempunyai pelbagai drama dengan pihak JDT terutamanya Tunku Mahkota Johor (TMJ) apabila saling berbalas hantaran di media sosial.
Apa yang Sanusi lakukan ini jelas sekali ‘bikin panas’ dengan ianya telah mencuri tumpuan penyokong bola sepak di Malaysia.
Barang kali, TMJ akan memberikan responnya kelab mengenai perbuatan Sanusi ini kelak.