Pep Guardiola Mahu Man City Cipta Sejarah Sehebat Sevilla Di Eropah

Pep Guardiola

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mahu pasukannya mencipta sejarah yang hebat dalam kejohanan Eropah bermula musim ini.

Beliau yang masih belum lagi menghadiahkan kejuaraan Eropah bersama-sama City selepas banyak kali mencuba, jelas sekali mengidamkan mahkota tersebut.

Dan pada musim ini, Guardiola dan City akan bermula semula dalam misi menjadi juara Eropah apabila ditempatkan bersama Sevilla, Borussia Dortmund dan Copenhagen dalam kumpulan G UEFA Champions League

Mahu jadi Sevilla

Bercakap sebelum aksi menentang Sevilla, Guardiola mengatakan yang beliau mahu menjadikan City sama seperti wakil Sepanyol itu apabila bercakap mengenai prestasi di Eropah.

Sevilla merupakan pasukan yang cukup ampuh dalam saingan Eropah dengan mereka merupakan pemenang terbanyak dalam saingan Europa League sebanyak enam kali.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada Guardiola bermaksudkan mahu memenangi Europa Leauge bersama-sama City atau hanya mahu menjadi jaguh di Eropah sahaja.

“Pasukan dari Sepanyol cukup sukar [untuk dihadapi], mereka menguasai Eropah selama 10 hingga 15 tahun.

“Saya suka untuk mempunyai sejarah mereka di Eropah, City masih lagi jauh daripada Sevilla dalam saingan Eropah. Esok kami tidak akan lepaskan peluang untuk bermain di stadium hebat untuk bermain baik dan mendapatkan tiga mata,” ujar Guardiola.

Menang atau kalah? Pep pun tak tahu

Dalam masa yang sama, Pep juga mengetahui yang tugaskan semakin sukar di City apabila tidak berjaya memenangi kejuaraan Eropah.

Namun begitu, beliau menganggap itu adalah lumrah sukan apabila bola sepak sentiasa memberikan peluang kedua untuk bermula semula.

“Menang atau tidak menang. C*****, mana saya tahu.

“[Semua] sukan termasuk bola sepak memberikan anda peluang kedua. Ianya adalah kejohanan yang sukar dan kelab amat berbangga untuk berada di sini dan sedia untuk mencuba lagi,” jelas Guardiola.

Guardiola cuma menikmati kejuaraan Eropah sebanyak dua kali iaitu pada 2009 dan 2011 bersama Barcelona.

Sejak berpindah ke Bayern Munich dan kini City, pengurus dari Sepanyol itu tidak lagi merasai nikmat menjadi raja Eropah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN