Pasti semua orang pernah merasai hari yang tidak bernasib baik bukan?
Tetapi apa yang perasaan pembaca apabila kalian melalui hari yang tidak bernasib baik pada hari yang patutnya pada hari gembira pembaca?
Sambutan untuk kapten
Dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa, pasukan Rusia telah menentang Costa Rica di Stadium Krasnodar.
Seperti biasa, kapten Rusia iaitu Vasili Berezutski akan memimpin pasukan kebangsaan beliau.
Tetapi apa yang istimewa untuk perlawanan ini adalah ia merupakan perlawanan ke 101 untuk beliau bersama pasukan Rusia.
Berezutski telah mewakili pasukan Rusia sejak 2003. Namun hanya mula menjadi kapten Rusia apabila Rusia beraksi Piala Dunia FIFA 2014.
Beliau juga mencipta tumpuan apabila beliau menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan menentang England pada Piala Eropah 2016.
Oleh itu pada perlawanan menentang Costa Rica yang merupakan perlawanan ke 101 beliau. Persatuan Bola Sepak Rusia telah merancang satu sambutan untuk meraikan Berezutski yang sudah memperoleh 100 kap beliau bersama Rusia.
Hari yang malang
Namun sambutan tersebut tak berjalan seperti yang dirancang.
Dalam perlawanan tersebut, Rusia yang bermain di hadapan penyokong sendiri bagaimana pun ketinggalan 3-1 pada separuh masa pertama.
Perlawanan tersebut pastinya merupakan perlawanan yang mahu dilupakan oleh Berezutski.
Hal ini kerana beliau telah melakukan kesilapan untuk gol pertama Costa Rica selepas terleka ketika menerima hantaran dari rakan sepasukan.
Disebabkan beliau terleka itu membolehkan Costa Rica menyerang Rusia dan kemudiannya Rándall Azofeifa mudah menjaringkan gol.
Hari malang Berezutski berterusan selepas beliau menjaringkan gol sendiri pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Beliau tertampan bola ke gawang sendiri selepas gagal mengeluarkan hantaran lintang pemain Costa Rica.
Pada separuh masa kedua, Rusia berjaya menyamakan kedudukan kepada 3-3.
Ketika penyokong Rusia seolah berpuas hati dengan keputusan seri. Berezutski sekali lagi menjadi punca kepada masalah pertahanan Rusia apabila memberikan sepakan penalti pada minit akhir permainan.
Penalti itu kemudiannya berjaya disempurnakan oleh Joel Campbell untuk memberikan kemenangan 4-3 kepada Costa Rica.
Sambutan dibatalkan
Disebabkan prestasi yang teruk pada separuh masa pertama. Sambutan untuk meraikan Berezutski yang memperoleh 100 kap bersama Rusia dibatalkan.
Sambutan yang sepatutnya dilakukan ketika rehat separuh masa dibatalkan serta merta.
Sambutan itu dibatalkan barangkali mahu mengelak dari Berezutski diejek oleh penyokong-penyokong Rusia yang berang dengan prestasi teruk Berezutski.
Berezutski sepatutnya menerima pingat penghargaan dan kemeja-t Rusia sempena meraikan beliau.
Malah tweet oleh laman Twitter Persatuan Bola Sepak Rusia untuk Berezutski juga dipadam dari laman Twitter mereka.
Apa yang terjadi kepada Berezutski ini ibarat “sudah jatuh ditimpa tangga”.
Bersabarlah, Berezutski.
Baca juga: Shane Duffy Hadapi Mimpi Ngeri Pertahanan, Jaring 3 Gol Sendiri Sebelum Dibuang Padang