Marc Klok Gesa Indonesia Sedia Infrastruktur Lebih Baik Jika Mahu Lebih Maju Dalam Bola Sepak

Pemain naturalisasi Indonesia, Marc Klok menyatakan bola sepak Indonesia boleh bergerak lebih jauh di persada dunia sekiranya mereka mampu mengikut langkah yang betul.

Menurut pemain tersebut, penekanan terhadap bakat-bakat muda perlu dipandang serius oleh pihak sepatutnya jika mereka mahu untuk memulakan langkah lebih jauh dalam sukan bola sepak.

“Pendapat saya, jika Indonesia inginkan kejayaan lebih jauh dalam sukan bola sepak, mereka perlu menitikberatkan hal infrastruktur lebih lengkap serta pembangunan bakat baharu.

“Tidak perlu untuk terlalu memberi fokus kepada pasukan senior sahaja, mereka juga perlu menilai kepada pemain-pemain muda yang dianggap aset masa depan negara.

“Ketika ini pada pendapat saya, jika Indonesia mampu untuk mengatur perlawanan menentang pasukan kuat seperti Belanda, pasti mereka akan belajar banyak perkara serta timbul perasaan untuk melihat proses pembangunan negara kuat tersebut,” jelas pemain naturalisasi itu menerusi CNN Indonesia.

Klok juga mengakui para pemain muda Indonesia mempunyai bakat-bakat yang cukup bagus untuk diketengahkan.

Cuma ketika ini, pemain-pemain berkenaan tidak mempunyai perjalanan yang lebih meluas untuk mereka mengasah bakat menjadi lebih baik sebelum bergelar profesional.

Beliau juga menyatakakan faktor infrastruktur yang tidak begitu lengkap menjadi penghalang untuk pemain-pemain muda mengembangkan bakat mereka dengan lebih jauh.

https://twitter.com/broadcastbola/status/1564244679654133760?s=21&t=bSit60bEoNPf5KGp8Ss8Kg

Untuk mempercepatkan lagi proses kemajuan dalam bola sepak Indonesia, Klok juga menjelaskan sepatutnya lebih ramai para pemain tempatan beraksi di saingan luar negara.

Selain menambah keyakinan para pemain, beliau juga menyatakan mereka bakal lebih terdedah untuk tampil bersedia dan mempelajari perkara-perkara baharu yang positif.

“Setakat ini ramai pemain tempatan mula berani untuk beraksi dalam saingan luar negara yang lebih bersifat kompetitif.

“Kita juga mahu pasukan kebangsaan tampil lebih bersedia suatu ketika untuk mencabar kejuaraan lebih tinggi seperti Piala Dunia.

“Namun untuk sekarang ini rasanya sukar, kita perlu memfokuskan pembangunan para pemain muda jika mengimpikan perkara berkenaan berlaku,” tambah Klok.

Untuk rekod, ketika ini enam pemain Indonesia sudah pun mendapat tempat bersama pasukan masing-masing di saingan liga luar negara.

Egy Maulana Vikri, Witan Sulaeman, Saddil Ramdani, Elkan Baggott, Asnawi Mangkualam, serta Arhan Pratama merupakan pemain yang sudah berjaya bersama pasukan masing-masing setakat ini.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN