Pemain Marseille Ini Gigit Jari, Gagal Berpindah Kerana Kerakusan Ejen

Pemain Marseille, Bamba Dieng mengalami hari yang cukup malang untuknya selepas dinafikan perpindahan ke dua kelab dek kerana ejennya.

Sebelum ini, Dieng merupakan sasaran bagi kelab Premier League iaitu Leeds United.

Leeds yang sedang berusaha untuk membaiki kualiti serangan pasukan cuba mendapatkan Dieng dengan harga yang cukup murah iaitu €10 juta (RM44.5 juta)

Semuanya telah dipersetuju oleh kedua-dua kelab dengan Marseille dan Leeds bersedia untuk melakukan urus niaga.

Malah, Dieng turut dikatakan bersetuju dengan terma-terma yang ditawarkan Leeds kepadanya.

Namun, muncul pula ejen Dieng yang kemudiannya mengatur satu lagi perpindahan apabila seteru Marseille di Perancis iaitu Nice datang untuk mendapatkan beliau.

Semuanya berlaku apabila ejen Dieng sendiri yang dengan kepintarannya melakukan urus niaga dengan Nice ketika kedua-duanya sedang berada di lapangan terbang untuk ke England.

Perbuatan ejen Dieng ini kemudiannya diketahui oleh pihak Leeds dengan mereka kemudiannya memilih untuk membatalkan perpindahan yang telah dipersetuju.

Ianya berkemungkinan kerana Leeds berasa tersakiti dan dikhinati lalu tidak mahu meneruskan perpindahan tersebut.

Namun, kisah malang Dieng tidak berakhir di situ.

Selepas Nice berjaya memintas Dieng daripada Leeds, mereka bermula semula untuk memastikan perpindahan ke seteru Marseille itu berjaya.

Dikala masa semakin suntuk menjelang tamatnya jendela perpindahan, Dieng hanya perlu menjalani ujian perubatan dengan Nice untuk akhirnya berpindah dari Marseille.

Namun mungkin kerana padah mempermain hati Leeds, Dieng didapati gagal ketika ujian perubatan dilakukan.

Ianya sekali gus membatalkan perpindahan Dieng ke Nice dan menjadikan beliau pemain yang cukup malang dalam jendela perpindahan kali ini.

Malang yang dialaminya lebih teruk berbanding Cristiano Ronaldo gagal keluar dari Manchester United tau.

Kini, Dieng perlu kembali semula kepada Marseille selepas perpindahan beliau gagal dek kerana kerasukan ejennya sendiri.

Dieng mungkin malu, tapi kini beliau hanya boleh fokus dan berikan yang terbaik dalam permainannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN