Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan yang sangat dramatik selepas Fabio Carvalho menjaringkan gol pada minit ke-97 permainan untuk membantu The Reds menewaskan Newcastle 2-1 di Anfield awal pagi tadi.
Walau pasukan tuan rumah sudah sah membawa pulang tiga mata penuh, namun ramai peminat yang masih mempertikaikan tentang mengapa perlawanan tidak ditamatkan walau sudah melebihi masa sebenar yang diberikan.
Pengadil perlawanan memberikan tambahan masa selama lima minit namun Liverpool berjaya memperoleh gol kemenangan mereka pada minit ke-97 permainan.
5 mins injury time score in the 98th 🤐 https://t.co/NpqTVEFufQ
— Alan Shearer (@alanshearer) August 31, 2022
Hal itu telah mencetuskan perdebatan hangat di kalangan peminat di media sosial dengan ramai peminat yang tidak berpuas hati mengapa perlawanan tidak ditamatkan selepas tamat tambahan masa lima minit yang diberikan.
Dek kerana pengadil tidak meniupkan wisel panjang selepas tamat aksi 95 minit permainan, Fabio Carvalho berjaya memanfaatkan masa yang ada dengan meledak gol kemenangan untuk Liverpool.
Gol tersebut jelas sekali memberi satu kepuasan dan kelegaan untuk para peminat, dengan mereka akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan kedua dari lima perlawanan musim ini.
Having cramp at every opportunity backfired on Newcastle as Fabio Carvalho fired in a 98th minute winner for Liverpool #LFC https://t.co/OE8wcfz01Q
— Charlotte Coates (@CACoates96) August 31, 2022
Boleh dikatakan sebaik wisel penamat dibunyikan, para peminat, pundit, bekas pemain dan ramai lagi mula memperdebatkan hal tersebut di media sosial.
Masing-masing memberikan pendapat mereka tentang isu tersebut dan jelas sekali pelbagai pandangan dilontarkan berkait mengapa pengadil tidak membunyikan wisel penamat pada masa yang ditetapkan.
Dek kerana peminat benar-benar bengang, maka ramai antara mereka yang mula menganggap kemenangan Liverpool itu sebagai satu penipuan.
Legenda Premier League dan juga bekas bintang Newcastle, Alan Shearer turut memuat naik status dengan menyatakan:
'I can't think' – Richard Keys weighs in on controversial 'third half ' Liverpool goal against Newcastle#LFChttps://t.co/Er3Keiq9Mj
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 1, 2022
“5 minit masa kecederaan, jaringkan gol pada minit ke-98.”
Tulis legenda The Magpies itu diikuti emoji mulut kena zip.
Penyampai TV, Richard Keys turut membahaskan tentang hal tersebut dengan menulis:
“Saya tak nampak ada alasan yang lebih masuk akal untuk penjaga masa ketika Liverpool menjaringkan gol pada babak ketiga permainan semalam. Pope terbaring di padang selama 90 saat ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan. Jadi sepatutnya wisel penamat dah dibunyikan pada minit ke 96.30. Liverpool jaringkan gol pada minit ke-98.”
Untuk menjawab segala tuduhan tersebut, salah seorang penyokong setia The Reds tampil untuk menjelaskan sebab utama mengapa ada tambahan masa dari masa kecederaan yang diberikan itu.
Fabinho explains 'anger' at Liverpool winner after 'annoying' Newcastle approach 🗣️ https://t.co/pfy125JeT3
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) September 1, 2022
“Nick Pope rebah selama 1:40, Nick Pope juga mengambil 20-30 saat untuk setiap satu dari dua sepakan gol, Joelinton lakukan dua fouls, dia juga tendang bola keluar selepas melakukan kekasaran tersebut.”
Tulis peminat tersebut di Reddit.
“Seorang lagi pemain Newcastle bawa lari bola sejauh 20 ela kemudian Joelinton buang masa. Foul kedua dia, Joelinton berdiri betul-betul dihadapan pemain yang ketika itu sedang cuba mengambil sepakan percuma.”
Fabio Carvalho y el gol que le dió la victoria a Liverpool en el minuto 97 del encuentro ante Newcastle.
NUNCA DEN A LIVERPOOL POR MUERTO. pic.twitter.com/36hW7dPgHb
— Liverpool FC (@LFCEspanol) September 1, 2022
“15 saat selepas itu mereka rebah lagi untuk kali ke-10 kerana ‘kejang’. Kemudian sebelum sepakan penjuru diambil, satu lagi bola dilempar masuk ke padang oleh penyokong Newcastle… Kalau ikutkan semua itu kita boleh dapat tambahan masa lima minit lagi.”
“Saya bukan tampil sebagai penyokong Liverpool, tapi memang Liverpool berhak dapat tambahan masa lagi 2 minit 9 saat.”
Ramai lagi penyokong Liverpool yang lain turut tampil di laman twitter untuk mempertahankan kelab kesayangan mereka dan memberikan alasan sama untuk membalas kritikan dari penyokong pasukan seteru.
Blame Pope for time wasting on the deck 🤫 pic.twitter.com/4rHdN6P8BV
— Paul B (@Paul_Byrne62) August 31, 2022
When Milner was about to play the corner , Newcastle fans through the ball back in , even their fans were wasting time ffs 🤦♂️🙄 pic.twitter.com/1Okk4bUOTs
— LFC_🧣 (@enb77) September 1, 2022
Adakah benar tambahan masa perlu dibenarkan dan adakah peminat akan memberi reaksi yang sama andai Liverpool tidak menjaringkan gol pada minit ke-97? bincangkan di ruangan komen.