Bola sepak moden tidak pernah gagal untuk mengecewakan terutamanya bagi pasukan seperti Real Madrid.
Saban tahun, pasti akan ada sahaja perkara yang mengubah bola sepak itu sendiri sama ada secara positif atau pun negatif.
Ianya tidak terhad kepada teknologi penguatkuasaan peraturan seperti Video Assistant Referee (VAR), tetapi perkara-perkara lain seperti kemajuan dalam pembikinan bola sepak terutamanya bola rasmi Piala Dunia 2022.
Bagaimana Bola Rasmi Piala Dunia 2022 Bantu Pengadil Buat Keputusan Ofsaid Lebih Tepat
Terkini, Real telah meningkatkan kualiti latihan mereka terutamanya dalam penguasaan sepakan percuma apabila menggunakan teknologi baharu.
Mereka telah menggunakan patung atau mannequin yang boleh ditentukan kedudukannya dengan lebih khusus.
Menggunakan aplikasi pada tablet, patung benteng pertahanan itu boleh ditentukan berapa tinggi ianya akan melompat apabila bola disepak.
Lebih menarik, aplikasi tersebut membenarkan benteng-benteng tertentu sahaja untuk melompat apabila ianya bergerak.
Perkara itu tidak ubah dengan situasi sebenar dalam perlawanan ketika sepakan percuma diambil, tidak semua yang berada di benteng pertahanan akan melompat.
Real Madrid's new free kick technology is straight out of the future 🤯
(via @realmadrid)pic.twitter.com/ZSJmVbQqXO
— B/R Football (@brfootball) August 30, 2022
Teknologi yang Real gunakan ini boleh mereka semula ketinggian pemain secara khusus selain bergerak ke atas dan bawah mengikut ukuran yang diberikan.
Ianya berbeza dengan benteng pertahanan yang biasa digunakan apabila sebelum ini dimana ianya terdapat keterbatasan dalam menggunakannya.
Benteng pertahanan biasa yang dipakai ketika sesi latihan tidak boleh bergerak dengan seakan-akan melompat ketika bola disepak ke arahnya.
Mengubah masa depan bola sepak
Apa yang dibawa oleh Real Madrid ini cukup mampu untuk mengubah masa depan bola sepak terutamanya ketika sesi latihan.
Teknologi sebegini pastinya dapat membantu meningkatkan kualiti sepakan percuma seseorang pemain dengan cabaran yang dibawa oleh patung tersebut hampir merupai apa yang pemain sebenar lakukan ketika perlawanan.
Kos untuk membawa teknologi ini pastinya tinggi kerana ianya masih baharu dan kita mungkin tidak dapat saksikan ianya mendarat di Malaysia dalam masa yang singkat.
Namun apabila ianya sudah mula menjadi kelaziman setiap pasukan di seluruh dunia, tidak salah untuk membawa teknologi ini ke Malaysia pula selepas ini untuk manfaat skuad kebangsaan.