Piala AFF 2022: Kim Pan-gon Akui Kekuatan Lawan, Sedia ‘Langgar’ Semua Pasukan

Sebentar tadi keputusan undian untuk saingan Piala AFF 2022 telah pun dikeluarkan dengan Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama empat lagi pasukan lain yang dilihat memiliki kekuatan tersendiri.

Undian yang berlangsung sebentar tadi di Bangkok, Thailand juga menyaksikan Timor Leste dan Brunei Darussalam bakal beraksi dalam pusingan ‘play-off’ untuk menentukan siapa layak berada dalam Kumpulan A.

Malaysia yang berada di Kumpulan B boleh dikatakan mempunyai cabaran agak sengit apabila bakal menentang Vietnam yang dilihat sebagai salah satu pasukan pencabar dalam saingan Piala AFF ini.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh pengendali Harimau Malaya iaitu Kim Pan-gon, apabila beliau menyakan Vietnam sebagai salah satu pasukan yang kuat.

“Suatu keputusan yang baik buat kami. Bagi saya semua pasukan sangat kuat, tetapi kami sudah bersedia untuk segalanya bagi aksi tersebut.

“Dalam Kumpulan B, bagi saya Vietnam merupakan salah satu pasukan yang sangat kuat. Selain itu Singapura dan Myanmar juga berada dalam prestasi tersendiri, serta Laos sendiri agak bagus,” jelas pengendali tersebut.

Namun Pan-gon menjelaskan beliau enggan memikirkan mengenai kekuatan atau kelemahan lawan ketika ini, sambil menjelaskan mereka akan memberikan segalanya terbaik untuk membawa nama Malaysia.

Pan-gon juga menyatakan aksi perlawanan di Thailand selepas ini bakal digunakan sebaik mungkin untuk beliau membuat persiapan lebih rapi buat skuad kebangsaan.

“Kami tak peduli mengenai kekuatan atau kelemahan pasukan. Kami akan berikan segalanya yang terbaik serta keputusan positif menerusi saingan tersebut.

“Saya rasa kami bakal menggunakan aksi perlawanan di Thailand tidak lama lagi sebagai medan untuk menguji kekuatan sebenar skuad kebangsaan,” tambah beliau lagi.

Pada masa sama, pengendali berpengalaman itu juga memberi bayangan kemungkinan besar bakal menggunakan muka-muka baharu untuk menghiasi skuad kebangsaan.

“Mungkin kali ini kami juga akan mencuba muka-muka baharu dalam skuad kebangsaan untuk uji kekuatan mereka dan kami akan berikan terbaik untuk persiapan kali ini,” terang Pan-gon.

Antara muka-muka baharu mungkin bakal diketengahkan pengendali tersebut seperti Zhafri Yahya, Fayadh Zulkifli, serta Alif Zakaria yang dilihat menyerlah bersama pasukan masing-masing ketika ini.

Musim lalu, Malaysia gagal untuk melepasi peringkat lebih jauh dalam saingan tersebut setelah terkandas di peringkat kumpulan dengan aksi yang agak kurang menyakinkan.

Kemasukan Pan-gon dilihat berjaya memberi nafas baharu buat bola sepak negara setelah pengendali tersebut berjaya membawa Malaysia untuk beraksi dalam saingan Piala Asia pada tahun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN