Khidmat Pertahanan JDT Ditagih Indonesia Untuk Aksi Persahabatan Menentang Curacao

Jordi Amat

Indonesia antara negara yang dilihat sibuk mempersiapkan diri untuk mengukuhkan skuad mereka dengan menjadikan bulan hadapan sebagai medan untuk menguji kekuatan menerusi aksi persahabatan.

Lawan yang mereka bakal hadapi juga bukan sebarangan apabila berada di ranking yang agak baik ketika ini iaitu Curacao.

Untuk perlawanan tersebut yang bakal diadakan sebanyak dua kali di Stadium Gelora Bandung Lautan Api (GBLA), Bandung, mereka jelas mahu sesuatu yang positif dapat dilakar di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Menurut Mochamad Iriawan selaku Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), beliau mengharapkan agar dua pemain warisan baharu mereka iaitu Jordi Amat dan Sandy Walsh dapat beraksi pada bulan September ini.

Perlawanan pertama menentang Curacao dijadualkan pada pada 24 September ini sebelum mereka kembali bertemu tiga hari kemudian untuk aksi kedua.

Ketika ini, proses untuk mendaftarkan Walsh dan Jordi Amat kini sudah pun diluluskan dan menunggu masa sahaja untuk panggilan skuad kebangsaan.

Kedua pemain ini sebelum itu telah mendapat perhatian pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong dan beliau berharap agar Jordi serta Sandy boleh dijadikan sebagai pemain warisan.

“Untuk aksi persahabatan tidak lama lagi, kami akan melayan kunjungan Curacao bagi pada 24 dan 27 September ini mengikut kalendar bola sepak FIFA.

“Kami juga berharap agar kedua pemain tersebut mampu beraksi pada dua perlawanan ini untuk mengukuhkan skuad,” jelas Iriawan menerusi Bola.com.

PSSI juga sebelum ini sudah mengikut rapat mengenai proses pendaftaran kedua pemain tersebut untuk mendapatkan kewarganegaraan dengan kadar segera.

Beberapa mesyuarat juga telah diadakan dengan turut dihadiri oleh Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora), Zainudin Amali untuk membincagkan perkara tersebut.

“Sekarang ini kami cuma mampu berharap agar proses mendaftarkan Sandy dan Jordi diselesaikan dengan cepat,” tambah Iriawan.

Untuk rekod, Sandy Walsh merupakan pemain pertahanan kanan yang beraksi di saingan teratas Belgium, Belgian First Division A bersama K.V. Mechelen.

Pertahanan yang berusia 27 tahun itu setakat ini mempamerkan aksi yang sangat memberansangkan setelah satu bantuan gol telah dicipta Sandy sepanjang enam perlawanan bersama kelab.

Selain itu, Jordi Amat juga setakat ini sudah pun beraksi satu perlawanan di saingan tertinggi Asia iaitu AFC Champions League dengan mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT) dan beliau juga bermain di posisi pertahanan.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN