EPL: Liverpool ‘Belasah’ Bournemouth 9-0 Untuk Raih Kemenangan Pertama

Liverpool

Liverpool akhirnya berjaya mendapatkan tiga mata pertama mereka dalam saingan Premier League apabila menumbangkan Bournemouth di Anfield.

Apa yang menariknya adalah, kemenangan pertama skuad Jurgen Klopp dalam saingan liga terhasil dengan jaringan besar 9-0 ke atas pasukan bimbingan Scott Parker.

Persembahan cemerlang Liverpool bermula cukup awal apabila mereka mendahulu sebanyak dua gol dalam masa enam minit pertama permainan.

Luis Diaz meletakkan tuan rumah di depan sebelum prospek muda hangat The Reds, Harvey Elliot menjaringkan gol menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti.

Kecemerlangan The Reds berterusan apabila Trent Alexander-Arnold melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-28 sebelum Roberto Firmino menjaringkan gol keempat Liverpool selang tiga minit kemudian.

Dikala jaringan 4-0 hampir kekal sehingga tamat separuh masa pertama, hantaran sepakan sudut daripada Andrew Robertson berjaya menemui Virgil van Dijk untuk membolehkan kedudukan berubah menjadi 5-0.

Hari Bournemouth jelas sekali bercelaru apabila mereka memulakan separuh masa kedua dengan rentak yang sama.

Lebih malang lagi, jaringan menjadi 6-0 pada minit-minit awal 45 minit kedua apabila Chris Mempham tertolak bola ke gawang sendiri.

Memasuki sejam permainan, kedudukan sekali lagi berubah apabila Firmino yang cukup cemerlang pada perlawanan ini menjaringkan gol kedua peribadinya dan ketujuh untuk Liverpool.

Seorang lagi pemain muda iaitu Fabio Carvalho berjaya mencipta sejarah apabila menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool pada minit ke-80.

Jaringan beliau itu secara tak langsung menjadikang kedudukan 8-0 buat tuan rumah.

Gol kesembilan tiba buat Liverpool apabila Diaz menanduk masuk tendangan sudut Kostas Tsimikas pada minit ke-85 untuk menjadikan jaringan menjadi 9-0.

Roberto Firmino antara pemain yang cukup cemerlang dalam perlawanan ini apabila terlibat dalam pembikinan jaringan sebanyak lima kali.

Pembikinan beliau dalam lima jaringan tersebut terhasil dengan dua gol serta tiga bantuan gol.

Alexander-Arnold juga tidak kurang cemerlangnya dengan serangan banyak bergerak dari sebelah kanan dengan pemain England itu menjadi nadi serangan Liverpool.

Secara keseluruhannya, persembahan Liverpool ini terlalu cemerlang dan tidak mampu ditahan oleh Bournemouth yang terlalu lemah menentang mereka.

Kemenangan mereka ini menyamai rekod yang dilakukan oleh Leicester City apabila membelasah Southampton pada beberapa musim yang lalu.

Keputusan penuh, Liverpool 9-0 Bournemouth.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN