Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA) dijangka bakal menarik balik penggantungan ke atas Persekutan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) yang dikenakan pada minggu lalu.
Menurut laporan oleh ASEAN Football, keputusan tersebut dibuat selepas badan induk bola sepak dunia itu berpuas hati dengan perkembangan baharu pengurusan bola sepak di negara Asia Selatan tersebut.
Ia susulan keputusan Mahkamah Agung India yang menamatkan mandat pengurusan oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Hal Ehwal Bola Sepak dan menyerahkannya kembali kepada AIFF.
Penyerahan pengurusan kepada pihak ketiga dianggap sebagai satu pelanggaran serius Statut FIFA.
FIFA will lift the ban imposed on India Football 🇮🇳 in the coming days following India Supreme Court's decision to terminate the mandate of Committee of Administrators as demanded by the FIFA.#AIFF #FIFA pic.twitter.com/bDXPADwSxY
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) August 26, 2022
Dengan pengumuman ini, semua aktiviti dan pertandingan melibatkan pasukan kebangsaan dan kelab negara berkenaan boleh diteruskan seperti biasa termasuklah kejohanan AFC iaitu Piala Asia 2023, Kelayakan Kejohanan AFC bawah 20 tahun (B-20) dan B-17 serta Piala AFC 2022.
Ini bermaksud, harapan wakil Malaysia, KL City untuk mendapat ‘bye’ bagi pertembungan Juara Zon Asean menentang Juara Zon Selatan tidak kesempaian.
Kelab ibu kota itu bakal berdepan kelab India, ATK Mohun Bagan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada 7 September ini.
FIFA ketepikan penggantungan Persatuan Bola Sepak India.
Keputusan itu sekaligus membawa maksud pertembungan Juara Zon Asean(KL City) vs Juara Zon Selatan ( ATK Mohun Bagan) Onzzzzz seperti yg di jadualkan@ASTROARENA
— FinaNasrom (@fnasrom) August 26, 2022