Bagus Kahfi Tak Jadi Balik Indonesia, Sertai Kelab Greece

Pemain Indonesia, Bagus Kahfi memilih untuk terus kekal di Eropah dengan tidak mahu untuk pulang semula ke negaranya.

Beliau yang sebelum ini bermain untuk pasukan Belanda iaitu FC Utrecht kini dilepaskan oleh kelab itu selepas dianggap tidak cukup berkualiti untuk mewakili mereka.

Walaupun dianggap tidak berjaya, namun Bagus tidak patah semangat malah tidak memilih untuk kembali ke Indonesia.

Sebaliknya, Bagus memilih untuk beraksi di Liga Greece bersama-sama Asteras Tripolis.

Berjaya mengikat kontrak selama setahun, Bagus dilihat mempunyai peluang untuk menghidupkan kariernya di Eropah dengan beraksi dalam saingan domestik Greece.

 

Menurut Bagus, beliau amat gembira apabila dapat menyertai kelab Greece itu walaupun hanya untuk setahun sahaja.

”Saya sangat gembira dapat berada di Astera dan amat berterima kasih kepada pihak yang membawa saya ke kelab.

”Saya tidak sabar menjadi sebahagian daripada pasukan. Matlamat saya adalah untuk mendapatkan sebanyak boleh minit permainan dan legasi saya di Astera,” ujar Bagus kepada media rasmi kelab.

Asteras Tripolis adalah kelab yang bermain dalam saingan utama Greece dengan mereka kini menduduki tangga ketujuh liga.

Bagus menjadi sebahagian daripada beberapa pemain Indonesia yang berkelana di Eropah.

Selain Bagus, Egy Maulana Vikri juga beraksi di Eropah iaitu Slovakia sementara pemain naturalisasi Garuda iaitu Elkan Baggott bermain di England bersama-sama Ipswich Town.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN