Syihan Hazmi Solusi Kelemahan JDT Di Benteng Terakhir Musim Hadapan?

Umum diketahui sehingga kini posisi penjaga gol nombor satu Johor Darul Ta’zim (JDT) masih lagi kukuh dipegang oleh Farizal Marlias biarpun umur beliau semakin meningkat.

Farizal bukan lagi satu nama asing dalam sukan bola sepak negara apabila beliau antara penjaga gol yang memiliki banyak kejayaan dalam saingan domestik atau peringkat antarabangsa.

Antara kejayaan yang sudah dikecapi Farizal sehingga kini apabila beliau mengekalkan rekod selama empat musim berturut-turut selaku penjaga gol terbaik Malaysia dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK).

Selain itu, Farizal juga menjadi antara tunjang kejayaan JDT sewaktu mereka menjuarai saingan AFC pada tahun 2015 ketika menewaskan Istiklol.

Bersama skuad kebangsaan, beliau menjadi antara pemain yang menjuarai pingat emas dalam acara bola sepak di Sukan SEA pada tahun 2009.

Namun sejak kebelakangan ini, aksi Farizal dilihat tidak begitu lagi lincah seperti waktu kemuncaknya dan prestasi beliau mula dipersoalkan para peminat bola sepak negara.

Ditambah dengan aksi beliau yang tidak konsisten pada perlawanan semalam sewaktu JDT tewas di tangan Urawa Reds pada saingan 16 terbaik Piala AFC Champions League (ACL), terus meletakkan tanda tanya kedudukan Farizal pada masa akan datang bersama kelab tersebut.

Selain Farizal, JDT masih lagi mempunyai dua penjaga gol yang sangat bagus selaku pengganti beliau seperti Haziq Nadzli dan Izham Tarmizi.

Namun, jika JDT ingin menggunakan pemain yang sudah pun konsisten sejak awal musim ini untuk tahun hadapan, Ahmad Syihan Hazmi dilihat bersesuaian dengan ciri-ciri dikehendaki kelab tersebut.

Syihan Hazmi boleh dikatakan sedang menikmati musim terbaik beliau ketika ini bersama Negeri Sembilan menerusi aksinya yang sangat baik.

Setakat ini, Syihan sudah pun mencatat enam ‘cleansheet’ buat Negeri Sembilan dan antara pemain paling banyak menafikan percubaan lawan menerusi ketangkasan beliau.

Syihan jika dilihat, beliau bukan pemain yang bercirikan ‘ball playing goalkeeper’ bersama Negeri Sembilan berbanding Farizal Marlias.

Namun, pemain ini boleh menawarkan sesuatu yang diinginkan JDT dari segi konsistensi serta usia beliau yang masih panjang selaku pemain bola sepak.

Negeri Sembilan juga antara pasukan yang mencatat rekod bolos paling sedikit setakat ini apabila Syihan hanya melepaskan 14 gol sepanjang 17 perlawanan dihadapi.

Untuk musim hadapan, JDT pastinya bakal membuat persediaan baharu dengan memfokuskan titik kelemahan mereka setakat ini sepanjang beraksi dalam saingan ACL.

Selain Syihan, mungkin juga JDT boleh melihat penjaga gol prospek negara seperti Rahadiazli Rahalim atau menumpukan sahaja kepada Haziq Nazli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN